Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

My YouTube

Loading...

Pages

Friday, 17 April 2015

KENAPA KITA GAGAL MEMBAIKI DIRI?

Saya pernah dilantik sebagai Pegawai Penasihat ADUN Gombak Setia untuk menambah baik prestasi kerja dan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Dari kajian yang saya buat ke atas prestasi semasa PKM sebaik dilantik, saya dapati tugasan petugas PKM tidak diurus dengan baik, fokus PKM tersasar di mana jumlah masanya lebih kepada masalah infrastruktur seperti jalanraya, longkang, talian telefon, bekalan letrik yang boleh saja terus disalurkan kepada jabatan yang berkaitan dan keadaan pengurusan pejabat PKM yang kurang professional.

Dari kajian itu, saya telah menyusun atur senarai tugas petugas PKM dan menyediakan KPI buat setiap mereka, mengalihkan fokus PKM agar lebih banyak masa diperuntukkan bagi kerja-kerja tambah nilai kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti siaraya dan koordinisasi program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dan akhirnya program latihan dan mentoring oleh saya kepada pihak pengurusan PKM.

Pada mulanya, segala perancangan dan gerakerja penambah baikan PKM berjalan lancar. ADUN sendiri mengambil berat perkembangan gerakerja dan ini membuatkan pengurusan dan petugas PKM secara sendirinya bergerak bersama membaiki diri.

Namun, setelah beberapa lama dan ADUN mengalih arah tumpuan, pengurusan dan petugas PKM mula hilang tumpuan dan banyak usaha penambah baikan tidak bergerak seperti mana yang dirancang. Sebagai contoh, pada mulanya sesi mentoring saya dengan pihak pengurusan lewat sehingga sejam kerana mereka belum masuk ke pejabat walaupun waktu sesi ialah pada pukul 10 pagi! Kemudian sesi mingguan itu tertunda berminggu-minggu hanya kerana sebab yang remeh temeh seperti menghantar anak ke sekolah, membuat paspot, mengambil ubat dan seumpamanya.

Saya memberitahu ADUN akan perkara ini, namun tiada perubahan yang saya lihat. Akhirnya saya menarik diri.

Sesuai dengan tajuk artikel ini, mengapakah kita gagal membaiki diri, mari kita analisa kes ini.

Pertamanya, niat yang tidak telus. Niat untuk membaiki diri harus datang dari dalam diri sendiri dan bukan dipaksakan. Dari kes di atas, pihak pengurusan PKM mula tidak endah dan menunjukkan sikap tidak berdisiplin sebaik saja ADUN merubah fokusnya. Ini menandakan kemahuan membaiki diri bukan datang dari dalam diri.

Keduanya, stakeholder atau pemegang hak mesti mengambil berat dengan perkembangan dan kemajuan. Walaupun ADUN merubah fokusnya, namun perhatian walaupun sedikit harus diberikan bagi memastikan kejayaan projek. Secara terang-terangan, sebaik ADUN merubah fokus, pihak pengurusan hilang minat untuk membaiki diri dan ini menggagalkan proses penambah baikan PKM.

Ketiganya, keselesaan dengan sikap lama juga memainkan peranannya. Pihak pengurusan tidak bermotivasi untuk berubah dan dengan tiadanya pengawasan dari ADUN, maka mereka selesa melepaskan diri dari berubah.

Sebagai kesimpulannya, usaha membaiki diri bukanlah suatu yang mudah dan bukan juga bukan suatu yang sukar. Pokoknya, kemahuan diri dan disiplin perlu diterapkan. Niat yang ikhlas pada diri sendiri pula menjadi tunjangnya. Akhirnya natijah yang baik akan datang juga, tepuk dada tanya selera. MARILAH MEMBAIKI DIRI.


___________________

AMZZAH NASEEHAH RESOURCES menawarkan khidmat kepakaran di dalam bidang Sumber Manusia pengkhususan Polisi, Penggajian dan Munafaat pekerja, Hubungan Industri dan pengurusan am. Kami juga menjalankan program motivasi pelajar dan kursus perkembangan kemahiran perkerja. Antara pelangan yang pernah menerima perkhidmatan  kami ialah ADUN Gombak Setia, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan UiTM. CEO/Managing Consultant kami, Haji Abd Malek, mempunyai 25 tahun pengalaman Sumber Manusia di Shell.



Saturday, 20 December 2014

KPI, Penanda Kunci Prestasi dan kepentingannya kepada pengguna

Pengguna ialah orang yang menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk munafaat sendiri. Melalui kefahaman ini, setiap kita adalah pengguna. Penanda Kunci Prestasi di dalam bahasa Inggerisnya Key Performance Indicator (KPI) adalah penetapan prestasi dari segi kuantiti, kualiti dan jangkamasa sesuatu barangan dan perkhidmatan itu disiapkan, dihantarkan atau disampaikan kepada pengguna.

KPI ini penting bagi penjual barangan dan perkhidmatan serta penting juga kepada pengguna. Bagi penjual, KPI penting untuk memastikan barangan dan perkhidmatannya bersaing di pasaran dengan kejayaan dan keuntungan. KPI pula penting kepada pengguna supaya keperluan dan kehendaknya dipenuhi oleh penjual yang terbaik sesuai dengan harga yang dibayar.

Ini cerita yang berlaku kepada saya sendiri sebagai pengguna. UNIFI saya bermasalah dari pukul 3 pagi hari Jumaat. Pada jam 8.15 pagi, saya menelefon Pusat Khidmat UNIFI untuk membuat aduan. Pegawai UNIFI bernama Ainul melaksanakan tugasnya dengan baik, mengambil isi aduan saya, memberi panduan penyelesai masalah kendiri dan nombor laporan aduan saya. Secara amnya, diognistika bertumpu kepada modem yang gagal berfungsi.

Akan tetapi saya merasakan Ainul tertekan bila saya bertanya kepadanya bilakah pihak teknikal UNIFI akan datang ke rumah saya untuk kerja pembaikan. Dia keberatan untuk mengatakan dengan yakin jangkamasanya walaupun 24 jam katanya adalah kebiasaan. Katanya semua bergantung kepada pihak teknikal dan jenis kerosakan.

Akhirnya saya memberitahunya bahawa hari ini adalah hari Jumaat manakala Sabtu dan Ahad adalah har-hari yang berikutnya, Ainul sendiri pula menyatakan bahawa pasukan teknikal tidak berkerja dengan sepenuh kapasiti pada hujung minggu. Kata saya kepada Ainul, dengan kemungkinan saya hanya akan dapat menggunakan UNIFI saya pada hari Isnin, ianya akan menyukarkan saya kerana saya berkerja dari rumah dan tanpa internet, perkerjaan saya akan menjadi tersangat sukar. Oleh itu saya perlu tahu apakah KPI sebenar di dalam kes saya ini supaya saya dapat merubah perencanaan kerja saya. Dengan penjelasan itu, barulah Ainul memberitahu saya bahawa KPI untuk setiap aduan ialah 72 jam.

Apakah pengajarannya dari kisah saya ini. Pertamanya KPI adalah suatu yang berharga untuk diketahui oleh pengguna supaya jangkaannya dapat diuruskan (managing expectation). Keduanya KPI mesti diyakini oleh penjual barangan dan perkhidmatan. Sekiranya ada komplikasi, ianya mesti diberitahu dengan segera kepada pengguna dan diuruskan dengan baik. Ketiga, emphaty atau keprihatinan oleh penjual kepada pembeli atau pengguna amat penting. Melaluinya jalinan rakanan perniagaan akan terjalin antara penjual dan pengguna. 

Oleh itu, KPI penting diadakan dan dihidupkan di dalam setiap urusniaga dengan pelanggan sekiranya anda bercita-cita untuk memperkembangkan perdagangan anda sebagai suatu usaha yang professional.

___________________
AMZZAH NASEEHAH RESOURCES menawarkan khidmat kepakaran di dalam bidang Sumber Manusia pengkhususan Polisi, Penggajian dan Munafaat pekerja, Hubungan Industri dan pengurusan am. Kami juga menjalankan program motivasi pelajar dan kursus perkembangan kemahiran perkerja. Antara pelangan yang pernah menerima perkhidmatan  kami ialah ADUN Gombak Setia, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan UiTM. CEO/Managing Consultant kami, Haji Abd Malek, mempunyai 25 tahun pengalaman Sumber Manusia di Shell.

Saturday, 17 May 2014

ULANGTAHUNKU YANG KE 7 SEBAGAI BLOGGER

Hari ini adalah ulangtahunku yang ke 7 sebagai blogger.  Mari ikuti apakah artikelku yang pertama di blog ini.  Klik di sini.

Abd Malek bin Md Nor
CEO/Managing Consultant
Amzzah Naseehah Resources

Saturday, 1 March 2014

KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA CEMERLANG

Allah dengan segala qudratNya yang Agung bersumpah demi masa. Firman Allah swt di dalam Surah Al ‘Asr yang bermaksud :”Demi masa. Sesungguhnya semua manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan berpesan-pesan kearah kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. Orang Melayu pula sangat menghargai emas. Bagi mereka masa itu emas.

Di dalam hidup serba moden dan maju, ramai manusia terkejar-kejar masa kerana jumlah tanggung jawab yang banyak dan kian bertambah. Seseorang itu adalah seorang hamba Allah, seorang suami atau isteri, seorang anak, seorang abang atau kakak, seorang adik dalam masa yang sama . Mungkin dia juga adalah seorang ahli jawatankuasa persatuan atau masjid atau surau. Selain dari itu dia juga seorang pekerja.

Dengan kerja di pejabat yang banyak, tangung jawab yang lain-lain juga memerlukan tumpuannya baik dari segi fizikal dan mental. Semua ini harus dilakukan di dalam masa yang terhad saban hari. Mungkin ada pekerja yang boleh menguruskan tekanan yang dialaminya dengan baik, akan tetapi ada juga yang tertekan teruk sehingga mendatangkan akibat buruk kepada kesihatan fizikal dan mental. Sekiranya ini berlaku, bukan pekerja yang terlibat itu saja yang menanggung akibatnya. Produktiviti pekerja itu akan menurun dan rakan sekerjanya terpaksa pula menanggung kerja yang tidak dapat ditangani dan gejalan ini pula menimbulkan tekanan kepada mereka. Di pihak penyelia dan pengurusan pula, mereka terpaksa menumpukan masa dan mencari cara untuk menguruskan masalah ini dengan baik.

Dengan kekangan masa yang terhad dan tanggung jawab yang banyak, pekerja harus tahu mengurus masanya dengan cemerlang. Ia perlu tahu cara bagaimana untuk mengutamakan yang penting dan segera, juga bagaimana membahagikan masa yang sedikit untuk mengurus kerja yang banyak, serta bagaimana membuat keputusan bahawa kerja itu boleh ditangguhkan. Pekerja juga perlu tahu bagaimana untuk menjimatkan masa agar masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk kerja yang lebih berfaedah.

Melalui pengurusan masa yang cemerlang, kerja-kerja di pejabat akan dapat disusun atur dengan licin. Kelicinan kerja di pejabat akan memberikan keselesaan kepada pekerja, rakan sepejabatnya, penyelia dan pengurusnya malahan pelanggan dan orang awam yang berurusan dengannya di pejabat. Melalui keselesaan ini, produktivi akan meningkat dan suasana perkerjaan di pejabat akan terbina dengan harmoni.

Seterusnya produktivi yang meningkat dan suasana perkerjaan yang harmoni akan memupuk masyarakat yang cemerlang kerana setiap orang dapat membahagikan masanya dengan baik untuk tuntutan kerja dan tuntutan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan bengkel KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA CEMERLANG pada bulan Feb 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 30 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.


Saturday, 8 February 2014

KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG

Pelanggan adalah orang yang memerlukan barangan dan perkhidmatan dari penjual atau pembekal. Namun sebelum pelanggan mendapatkan barangan dan perkhidmatan, mereka akan berinteraksi dengan kakitangan syarikat di mana barangan dan perkhidmatan itu dijual atau kakitangan jabatan di mana perkhidmatan itu diberikan.

Di dalam zaman yang serba moden, keperluan pelanggan menjadi semakin berpelbagai dan kompleks. Mereka bukan saja memerlukan hanya barangan dan perkhidmatan dari syarikat atau jabatan, mereka juga mengharapkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang yang akan diberikan oleh pekerja dan pentadbir syarikat dan jabatan itu. Perkhidmatan pelanggan ini dipakejkan sekali dengan nilai barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan. Lebih cemerlang perkhidmatan pelanggan, lebih tinggilah nilai tambah barangan dan perkhidmatan yang mereka terima.

Semestinya pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari para pekerja yang berkerja samada di jabatan atau di syarikat kerana merekalah yang membayar harga barangan dan juga membayar cukai yang dikutip untuk membiayai operasi jabatan. Oleh itu adalah penting untuk para perkerja atau pentadbir memahami bagaimana cara untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang supaya nilai tambah dapat diberikan kepada pelanggan. Melalui pengetahuan ini, syarikat akan lebih maju di dalam urusniaga mereka dan jabatan akan lebih progresif di dalam urusan pentadbiran mereka manakala para pekerja pula akan mendapat pengalaman yang ternilai dan penghormatan serta sanjungan dari para pelanggan serta majikan.

Pekerja dan pentadbir perlu mengetahui asas dan prinsip perkhidmatan pelanggan cemerlang, mengetahui siapakah pelanggan mereka dan segmen pelanggan mereka, bagaiman cara untuk memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, bagaimana cara untuk menguruskan rungutan pelanggan dan bagaimana menangani kehendak pelanggan yang mendesak.

Terdapat risiko sekiranya perkhidmatan pelanggan tidak memuaskan hati pelanggan. Syarikat akan kehilangan pelanggan dan jualan mula merosot. Di jabatan pula, lebih banyak rungutan terpaksa dilayan dari pelanggan kerana pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan. Pekerja dan pengurusan jabatan akan terpaksa memberikan masa dan tenaga untuk menyelesaikan rungutan pelanggan walhal masa dan tenaga itu boleh digunakan untuk urusan jabatan yang lain. Di samping itu kewibawaan jabatan akan menurun kerana perkhidmatan yang buruk.

Melalui pengetahuan perkhidmatan pelanggan cemerlang, urusniaga di syarikat akan lebih menguntungkan kerana pelanggan akan datang untuk membuat pembelian turutan. Di jabatan pula, perkhidmatan pelanggan cemerlang dapat mengharmonikan urusan pelanggan dan para pekerja akan lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana kurangnya tekanan kerja kerana terpaksa menyelesaikan rungutan pelanggan. Di samping itu, aktiviti jabatan akan lebih lancar dan licin kerana kurangnya rungutan dari pelanggan. Masa dan tenaga boleh dijimatkan untuk penambah baikan pengurusan jabatan.

Setelah pekerja mempraktikkan perkhidmatan cemerlang, syarikat akan mendapat keuntungan hasil dari jualan yang bertambah dan ianya akan dapat memberikan penambahan ekonomi kepada negeri dan negara. Masa depan pekerjaan pekerja akan lebih terjamin di samping insentif yang akan diberikan oleh syarikat. Di jabatan pula, segala urusniaga akan berjalan lancar dan pekerja serta pengurusan akan mendapat lebih masa terluang untuk melakukan kerja dengan harmoni tanpa rungutan. Di samping itu nama baik jabatan, pengurusan dan pekerja akan lebih dipandang tinggi dan memberikan impak positif kepada kerajaan. Masyarakat pula akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan bengkel KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG pada bulan Mac 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.





Wednesday, 5 February 2014

BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG : 15 FEB 2014

OBJEKTIF PROGRAM 

Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat :
  1. Meningkatkan pemahaman kepada asas dan prinsip komunikasi cemerlang 
  2. Mengetahui proses komunikasi cemerlang 
  3. Mengawal unsur-unsur komunikasi agar lebih cemerlang
Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG pada 15 Februari 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.
PENGENALAN

Kita berkomunisi atau berhubung setiap masa. Komunikasi berlaku di mana-mana sewaktu kita berinteraksi sesama sendiri samada di rumah, di masjid, di surau, di pasar, di padang permainan, di sekolah atau di pejabat. Komunikasi nampaknya mudah dilakukan akan tetapi komunikasi mempunyai beberapa fasa proses yang rumit kerana komunikasi memerlukan suatu kejelasan dan ketepatan supaya maklumat-maklumat dan arahan-arahan yang diberikan dapat difahami dengan baik serta langkah-langkah dan tindakan-tindakan dari komunikasi yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Kita kurang menyedari bahawa komunikasi juga berlaku ketika kita tidak bercakap samada dari segi gerak bahasa tubuh. Ini ialah kerana komunikasi berlaku melalui lisan dan bukan lisan. Seseorang yang bersetuju tetapi mengeleng-gelengkan kepalanya mungkin dianggap memberi maksud dia tidak bersetuju atau memberikan tanda yang bercampur-campur, setuju di dalam bantahan.

Proses komunikasi berlaku dari pemberi maklumat, media maklumat dan penerima maklumat. Di samping itu komunikasi yang berkesan bergantung kepada persekitaran yang kondusif untuk pemahaman yang baik. Sekiranya terdapat gangguan dari persekitaran samada dari segi gangguan bunyi atau pemandangan, maka komunikasi tidak boleh berlaku dengan baik dan sempurna.

Selain dari itu kepelbagaian budaya juga boleh mempengaruhi kejayaan komunikasi. Contohnya masyarakat India akan mengeleng-gelengkan kepalanya ketika mereka berbual tanda bersetuju. Sekiranya ini berlaku kepada seorang rakan komunikasi berbangsa Inggeris yang mempunyai budaya mengangguk sebagai tanda setuju, mungkin rakan bangsa Inggeris itu akan menyangkakan bahawa rakannya tidak setuju dengan apa yang dibualkan. Oleh itu memahami budaya sesuatu masyarakat juga penting untuk berkomunikasi secara cemerlang.

Terdapat juga risiko jika komunikasi tidak dibuat dengan berkesan. Arahan kerja akan terkeliru dan mungkin mengakibatkan kepada kerugian kos, masa dan tenaga. Kerugian ini belum lagi dicampurkan dengan kos keperluan untuk membuat pembaikan kerana arahan kerja yang tidak jelas kerana kerja pembaikan akan melibatkan kos, masa dan tenaga tambahan yang sepatutnya boleh dilaburkan kepada usaha yang lain agar perkembangan kerja dan usaha akan lebih maju dan progresif.

Terdapat juga risiko yang lebih besar. Mungkin juga komunikasi yang salah akan membawa kepada persengketaan yang merupakan natijah negatif kepada masyarakat. Ini ialah kerana ahli masyarakat akan mula tidak puas hati dan perpaduan masyarakat mungkin akan terjejas. Sekiranya ini terjadi kepada masyarakat yang merupakan unit asas rakyat kepada negeri dan negara, maka akibat yang lebih buruk mungkin akan berlaku dan ianya boleh membantutkan usaha kerajaan memajukan negeri dan negara.

Oleh itu amat perlu kita memahami cara untuk mengawal proses komunikasi bagi memberikan kesan yang maksimum di dalam kejayaan komunikasi terutamanya di tempat kerja. Melalui pemahaman yang cemerlang mengenai asas dan proses komunikasi, kita akan boleh berkomunikasi dengan cemerlang dan membantu memacu kejayaan kepada jabatan atau syarikat tempat kita berkerja dengan komunikasi yang jelas dan padat dan kerja yang betul dan tepat tanpa perlu usaha pembaikan yang melibatkan kos tambahan.

Begitu juga kebaikan dapat dirasakan oleh masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dari jabatan atau syarikat yang bertemu dengan kita. Selain dari itu, kerajaan pula akan memperolehi munafaat dengan pemahaman rakyat kepada komunikasi cemerlang kerana keluarga akan lebih bahagia, perkerja akan lebih produktif dan masyarakat akan lebih bersatu dan berjaya.

Friday, 31 January 2014

AKAN DATANG PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN BERKERJA AMZZAH NASEEHAH RESOURCES

Bengkel ini mengandungi bukan sahaja ceramah, nota dan ucapan sehala, akan tetapi mengandungi perkongsian dua hala, amalan praktikal dan gerakerja berguna yang akan disampaikan oleh CEO dan Managing Consultant Amzzah Naseehah Resources Tn Haji Abd Malek bin Md Nor yang berpengalaman berkerja selama 25 tahun di syarikat multinasional antarabangsa di mana 20 tahun darinya di bidang Sumber Manusia dan 5 tahun di bidang pengurusan kontrak dan vendor perkidmatan relokasi antarabangsa, imigresen dan logistiks.

Tn Haji Abd Malek mempunyai kemahiran di bidang polisi Sumber Manusia, terma pekerjaan, penggajian dan imbuhan, analisa dan kajiselidik gaji pasaran dan proses mewujudkan kontrak komersial bersama kontraktor vendor perkhidmatan dari perumusan strategik, skop, pemilihan dan perlaksanaan kontrak. Beliau pernah memberikan khidmat nasihat antara syarikat-syarikat antarabangsa di mana beliau telah menganggotai Kelab Analisa Penggajian Sumber Manusia yang di anggotai oleh lebih 10 syarikat multinasional di Malaysia (Oil & Gas, Banking, Pharmaceuticals, Telecommunications dan IT) dan menjadi penasihat kepada Pengurus Sumber Manusia TMI di dalam bidang polisi dan terma kerja Sumber Manusia domestik dan antarabangsa.

Beliau juga telah menguruskan pasukan perkhidmatan selama lebih 10 tahun di syarikat Shell, menjalankan analisa keberkesanan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat ADN Gombak Setia pada tahun 2013, menyampaikan bengkel-bengkel professional berbagai topik kepada syarikat, agensi-agensi dan badan-badan persendirian serta latihan motivasi dan kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan di sekolah-sekolah rendah dan menengah semenjak 2005.

Anda bukan saja boleh mendapat pengetahuan dengan mengikuti bengkel kami, anda juga akan dapat faedah praktikal melalui skit lakonan semasa bengkel, pementoran terus dan perkongsian pengalaman dari peserta yang lain. Bengkel ini juga akan diisi dengan tayangan video yang berkenaan dengan tajuk bengkel.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut di amzzah_naseehah@ymail.com atau mesej ke laman web kami ini atau like facebook kami di https://m.facebook.com/AmzzahNaseehah .



Sunday, 26 January 2014

KEHEBATAN MANUSIA

Semalam saya berkongsi di laman facebook peribadi saya, di laman facebook syarikat saya Amzzah Naseehah Resources dan di whatsap group mengenai kehebatan seseorang  bergantung kepada ramainya manusia mengingati jasa dan baktinya setelah dia mati. Di whatsap seorang rakan  bertanya "ADA DALIL & HUJJAH? Kalau orang syiah guna hujjah nta dgn ambil cth khomeini yg dikenang jasanya ketika upacara pekebumiannya yg d hadiri hampir 2 juta org penganut syiah??"

Pertamanya kenyataan saya itu bukannya hukum tetapi kenyataan neutral. Ianya juga bukan merujuk kepada jumlah ramainya manusia yang hadir di waktu pengebumian. Ianya adalah luahan hati saya ketika mengetahui berita sedih kematian salah seorang tokoh baru-baru ini. Memang ramai orang menyanjung seseorang ketika masih hidup tetapi ramai pula yang akan melupakan mereka setelah mereka mati. Sanjungan yang diberi mungkin kerana untuk kepentingan peribadi atau kerana tekanan yang memaksa. Setelah mati, tiada siapa yang peduli. Sememangnya jasa dan bakti seseorang itu yang akan diingati setelah dia mati.

Menggunakan contoh syiah dan Khomeini itu lebih kepada sifat peribadi rakan tersebut kerana perbezaan mazhab. Akan tetapi jangan lupa jasa Khomeini membebaskan rakyat Iran dari kezaliman Syah Iran. Berapa beraninya mereka ketika itu menentang imperialisme Amerika Syarikat dan sekutunya. Mungkin perbezaan mazhab boleh dijadikan alasan, akan tetapi kita perlu bijak mengambil apa yang baik dari peristiwa sejarah yang telah berlaku. Sekiranya tidak, kita akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh orang di masa lampau.

Monday, 13 January 2014

KERJAYA : PENERBANGAN TERUS ATAU PENERBANGAN BERHENTI-HENTI

Semasa saya menuntut di sekolah, saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan ahli politik yang berpengaruh. Cita-cita ini dibentuk mungkin kerana pertamanya saya telah terdedah kepada dunia perniagaan sewaktu kecil seperti menjaja jagung rebus dan buah cempedak di sekeliling kampung tempat saya tinggal.

Selain dari itu, saya juga berminat mengenai politik ketika saya masih lagi di tingkatan dua dengan saya mengikuti isu politik semasa di Malaysia dan perkembangan dakwah yang merangkumi aspek sosial dan kenegaraan. Saya mengaitkan usahawan yang berjaya dan ahli politik berpengaruh kerana pada pandangan saya, saya harus bebas dari kongkongan kerjaya dan berupaya menjana dana sendiri untuk menjadi seorang ahli politik yang berpengaruh.

Semasa di universiti pula saya mengikuti kursus kejuruteraan dan matematik. Minat saya masih kekal kepada alam perniagaan dan politik. Namun saya berasa sangsi samada kursus yang saya ikuti itu dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi usahawan yang berjaya kerana bidang yang saya pelajari tiada berkaitan langsung dengan perniagaan. Sesudah itu, saya mengikuti pula kursus perniagaan dan ini meletakkan saya sangat hampir dengan impian saya. Namun sesudah tamat pengajian, kesedaran bahawa perniagaan memerlukan modal yang tidak sedikit dengan keadaan saya yang tidaklah berharta dan mewah membuatkan saya memendamkan dulu impian itu. Malahan pula keadaan ekonomi yang merudum sebaik saja tamat pengajian saya tidak membantu saya mengejar cita-cita tersebut.

Akhirnya setelah tamat semua pengajian saya, saya mula berkerja di dalam bidang Sumber Manusia. Namun saya masih lagi menyimpan cita-cita saya yang asal. Apa yang boleh saya lakukan ketika itu ialah dengan menceburkan diri saya di dalam perniagaan jualan langsung. Percaya atau tidak, saya menguruskan aktiviti perniagaan jualan langsung saya seolah-olah ianya perniagaan yang sebenar. Saya mempunyai set akaun yang lengkap dengan akaun-akaun jualan, belian, tunai, bank dan akaun timbang tara. Saya lakukan ini sehinggakan untung bulanan bersih yang saya perolehi mencapai ratusan ringgit setelah ditolak segala kos. Kejayaan tertinggi saya ialah saya dianugerahkan bintang pencapaian dari skim syarikat jualan langsung tersebut. Namun masa berlalu dengan penambahan komitmen keluarga dan desakan kerja. Akibatnya masa untuk aktiviti jualan langsung semakin mengecil dan syarikat jualan langsung itupun menghadapi masalah dan seterusnya ditutup.

Sekarang saya berkerja sepenuh masa sebagai ahli profesional di dalam bidang Sumber Manusia. Namun, di waktu lapang, saya menguruskan perniagaan melalui khidmat konsultansi pengurusan dan khidmat nasihat sumber manusia melalui syarikat saya sendiri. Di waktu yang sama, saya terlibat di dalam kegiatan politik. Saya masih belum mencapai cita-cita saya yang sebenar namun usaha saya masih ke arah itu dan perjalanan ini akan saya teruskan.

Pengajaran yang saya perolehi dari perjalan hidup saya setakat ini ialah cita-cita itu merupakan satu matlamat dan jalan ke arah matlamat itu mungkin merupakan penerbangan terus dan ada juga penerbangan yang berhenti-henti. Sekiranya kita melalui penerbangan yang berhenti-henti, pastikan di setiap perhentian kita mengumpul sebanyak pelajaran dan pengalaman agar bila kita sampai ke destinasi terakhir, kita masih dapat menggunakan segala manafaat yang dikutip di sepanjang perjalanan dan perhentian tersebut.