Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Friday 31 January 2014

AKAN DATANG PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN BERKERJA AMZZAH NASEEHAH RESOURCES

Bengkel ini mengandungi bukan sahaja ceramah, nota dan ucapan sehala, akan tetapi mengandungi perkongsian dua hala, amalan praktikal dan gerakerja berguna yang akan disampaikan oleh CEO dan Managing Consultant Amzzah Naseehah Resources Tn Haji Abd Malek bin Md Nor yang berpengalaman berkerja selama 25 tahun di syarikat multinasional antarabangsa di mana 20 tahun darinya di bidang Sumber Manusia dan 5 tahun di bidang pengurusan kontrak dan vendor perkidmatan relokasi antarabangsa, imigresen dan logistiks.

Tn Haji Abd Malek mempunyai kemahiran di bidang polisi Sumber Manusia, terma pekerjaan, penggajian dan imbuhan, analisa dan kajiselidik gaji pasaran dan proses mewujudkan kontrak komersial bersama kontraktor vendor perkhidmatan dari perumusan strategik, skop, pemilihan dan perlaksanaan kontrak. Beliau pernah memberikan khidmat nasihat antara syarikat-syarikat antarabangsa di mana beliau telah menganggotai Kelab Analisa Penggajian Sumber Manusia yang di anggotai oleh lebih 10 syarikat multinasional di Malaysia (Oil & Gas, Banking, Pharmaceuticals, Telecommunications dan IT) dan menjadi penasihat kepada Pengurus Sumber Manusia TMI di dalam bidang polisi dan terma kerja Sumber Manusia domestik dan antarabangsa.

Beliau juga telah menguruskan pasukan perkhidmatan selama lebih 10 tahun di syarikat Shell, menjalankan analisa keberkesanan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat ADN Gombak Setia pada tahun 2013, menyampaikan bengkel-bengkel professional berbagai topik kepada syarikat, agensi-agensi dan badan-badan persendirian serta latihan motivasi dan kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan di sekolah-sekolah rendah dan menengah semenjak 2005.

Anda bukan saja boleh mendapat pengetahuan dengan mengikuti bengkel kami, anda juga akan dapat faedah praktikal melalui skit lakonan semasa bengkel, pementoran terus dan perkongsian pengalaman dari peserta yang lain. Bengkel ini juga akan diisi dengan tayangan video yang berkenaan dengan tajuk bengkel.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut di amzzah_naseehah@ymail.com atau mesej ke laman web kami ini atau like facebook kami di https://m.facebook.com/AmzzahNaseehah .



Sunday 26 January 2014

KEHEBATAN MANUSIA

Semalam saya berkongsi di laman facebook peribadi saya, di laman facebook syarikat saya Amzzah Naseehah Resources dan di whatsap group mengenai kehebatan seseorang  bergantung kepada ramainya manusia mengingati jasa dan baktinya setelah dia mati. Di whatsap seorang rakan  bertanya "ADA DALIL & HUJJAH? Kalau orang syiah guna hujjah nta dgn ambil cth khomeini yg dikenang jasanya ketika upacara pekebumiannya yg d hadiri hampir 2 juta org penganut syiah??"

Pertamanya kenyataan saya itu bukannya hukum tetapi kenyataan neutral. Ianya juga bukan merujuk kepada jumlah ramainya manusia yang hadir di waktu pengebumian. Ianya adalah luahan hati saya ketika mengetahui berita sedih kematian salah seorang tokoh baru-baru ini. Memang ramai orang menyanjung seseorang ketika masih hidup tetapi ramai pula yang akan melupakan mereka setelah mereka mati. Sanjungan yang diberi mungkin kerana untuk kepentingan peribadi atau kerana tekanan yang memaksa. Setelah mati, tiada siapa yang peduli. Sememangnya jasa dan bakti seseorang itu yang akan diingati setelah dia mati.

Menggunakan contoh syiah dan Khomeini itu lebih kepada sifat peribadi rakan tersebut kerana perbezaan mazhab. Akan tetapi jangan lupa jasa Khomeini membebaskan rakyat Iran dari kezaliman Syah Iran. Berapa beraninya mereka ketika itu menentang imperialisme Amerika Syarikat dan sekutunya. Mungkin perbezaan mazhab boleh dijadikan alasan, akan tetapi kita perlu bijak mengambil apa yang baik dari peristiwa sejarah yang telah berlaku. Sekiranya tidak, kita akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh orang di masa lampau.

Monday 13 January 2014

KERJAYA : PENERBANGAN TERUS ATAU PENERBANGAN BERHENTI-HENTI

Semasa saya menuntut di sekolah, saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan ahli politik yang berpengaruh. Cita-cita ini dibentuk mungkin kerana pertamanya saya telah terdedah kepada dunia perniagaan sewaktu kecil seperti menjaja jagung rebus dan buah cempedak di sekeliling kampung tempat saya tinggal.

Selain dari itu, saya juga berminat mengenai politik ketika saya masih lagi di tingkatan dua dengan saya mengikuti isu politik semasa di Malaysia dan perkembangan dakwah yang merangkumi aspek sosial dan kenegaraan. Saya mengaitkan usahawan yang berjaya dan ahli politik berpengaruh kerana pada pandangan saya, saya harus bebas dari kongkongan kerjaya dan berupaya menjana dana sendiri untuk menjadi seorang ahli politik yang berpengaruh.

Semasa di universiti pula saya mengikuti kursus kejuruteraan dan matematik. Minat saya masih kekal kepada alam perniagaan dan politik. Namun saya berasa sangsi samada kursus yang saya ikuti itu dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi usahawan yang berjaya kerana bidang yang saya pelajari tiada berkaitan langsung dengan perniagaan. Sesudah itu, saya mengikuti pula kursus perniagaan dan ini meletakkan saya sangat hampir dengan impian saya. Namun sesudah tamat pengajian, kesedaran bahawa perniagaan memerlukan modal yang tidak sedikit dengan keadaan saya yang tidaklah berharta dan mewah membuatkan saya memendamkan dulu impian itu. Malahan pula keadaan ekonomi yang merudum sebaik saja tamat pengajian saya tidak membantu saya mengejar cita-cita tersebut.

Akhirnya setelah tamat semua pengajian saya, saya mula berkerja di dalam bidang Sumber Manusia. Namun saya masih lagi menyimpan cita-cita saya yang asal. Apa yang boleh saya lakukan ketika itu ialah dengan menceburkan diri saya di dalam perniagaan jualan langsung. Percaya atau tidak, saya menguruskan aktiviti perniagaan jualan langsung saya seolah-olah ianya perniagaan yang sebenar. Saya mempunyai set akaun yang lengkap dengan akaun-akaun jualan, belian, tunai, bank dan akaun timbang tara. Saya lakukan ini sehinggakan untung bulanan bersih yang saya perolehi mencapai ratusan ringgit setelah ditolak segala kos. Kejayaan tertinggi saya ialah saya dianugerahkan bintang pencapaian dari skim syarikat jualan langsung tersebut. Namun masa berlalu dengan penambahan komitmen keluarga dan desakan kerja. Akibatnya masa untuk aktiviti jualan langsung semakin mengecil dan syarikat jualan langsung itupun menghadapi masalah dan seterusnya ditutup.

Sekarang saya berkerja sepenuh masa sebagai ahli profesional di dalam bidang Sumber Manusia. Namun, di waktu lapang, saya menguruskan perniagaan melalui khidmat konsultansi pengurusan dan khidmat nasihat sumber manusia melalui syarikat saya sendiri. Di waktu yang sama, saya terlibat di dalam kegiatan politik. Saya masih belum mencapai cita-cita saya yang sebenar namun usaha saya masih ke arah itu dan perjalanan ini akan saya teruskan.

Pengajaran yang saya perolehi dari perjalan hidup saya setakat ini ialah cita-cita itu merupakan satu matlamat dan jalan ke arah matlamat itu mungkin merupakan penerbangan terus dan ada juga penerbangan yang berhenti-henti. Sekiranya kita melalui penerbangan yang berhenti-henti, pastikan di setiap perhentian kita mengumpul sebanyak pelajaran dan pengalaman agar bila kita sampai ke destinasi terakhir, kita masih dapat menggunakan segala manafaat yang dikutip di sepanjang perjalanan dan perhentian tersebut.

Thursday 9 January 2014

MOTIVASI : CARA BERUSAHA TAHAP LIMA BINTANG

Selepas berdoa seusai solat Asr yang diimamkan oleh anak lelaki kedua saya sat petang di masjid kampusnya, saya berkata "Abah doakan agar Anwar berjaya dalam semester ini dan dapat 3 pointer". Dia membalas "Anwar target 4 flat".. Dengan tangan saya dibahunya saya mengatakan "Bagus.. oleh itu Anwar perlulah berusaha seolah-olah hendak mendapatkan 4 flat". Dia tersenyum dan menganggukkan... kepalanya.

ULASAN~ 3rd Law of Newton i.e "for every action there will be an equal and opposite reaction" sebenarnya adalah hukum Allah swt di mana di dalam menentukan natijah sesuatu usaha, ia bergantung kepada jumlah usaha dan pengorbanan yang diberikan.

Memang Allah boleh memberikan sesuatu kebaikan kepada hambanya tanpa diduga, akan tetapi syaratnya kita perlulah bertaqwa (rujuk AYAT SERIBU DINAR).

Alangkah baik, setahap lima bintang, jika kita bertaqwa, berusaha dan kemudiannya bertawakkal untuk mencapai apa yang dicita-citakan oleh kita. Nescaya kejayaan yang diperolehi itu akan lebih manis lagi.

SELAMAT MENCUBA.