Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Friday, 17 April 2015

KENAPA KITA GAGAL MEMBAIKI DIRI?

Saya pernah dilantik sebagai Pegawai Penasihat ADUN Gombak Setia untuk menambah baik prestasi kerja dan perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Dari kajian yang saya buat ke atas prestasi semasa PKM sebaik dilantik, saya dapati tugasan petugas PKM tidak diurus dengan baik, fokus PKM tersasar di mana jumlah masanya lebih kepada masalah infrastruktur seperti jalanraya, longkang, talian telefon, bekalan letrik yang boleh saja terus disalurkan kepada jabatan yang berkaitan dan keadaan pengurusan pejabat PKM yang kurang professional.

Dari kajian itu, saya telah menyusun atur senarai tugas petugas PKM dan menyediakan KPI buat setiap mereka, mengalihkan fokus PKM agar lebih banyak masa diperuntukkan bagi kerja-kerja tambah nilai kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti siaraya dan koordinisasi program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dan akhirnya program latihan dan mentoring oleh saya kepada pihak pengurusan PKM.

Pada mulanya, segala perancangan dan gerakerja penambah baikan PKM berjalan lancar. ADUN sendiri mengambil berat perkembangan gerakerja dan ini membuatkan pengurusan dan petugas PKM secara sendirinya bergerak bersama membaiki diri.

Namun, setelah beberapa lama dan ADUN mengalih arah tumpuan, pengurusan dan petugas PKM mula hilang tumpuan dan banyak usaha penambah baikan tidak bergerak seperti mana yang dirancang. Sebagai contoh, pada mulanya sesi mentoring saya dengan pihak pengurusan lewat sehingga sejam kerana mereka belum masuk ke pejabat walaupun waktu sesi ialah pada pukul 10 pagi! Kemudian sesi mingguan itu tertunda berminggu-minggu hanya kerana sebab yang remeh temeh seperti menghantar anak ke sekolah, membuat paspot, mengambil ubat dan seumpamanya.

Saya memberitahu ADUN akan perkara ini, namun tiada perubahan yang saya lihat. Akhirnya saya menarik diri.

Sesuai dengan tajuk artikel ini, mengapakah kita gagal membaiki diri, mari kita analisa kes ini.

Pertamanya, niat yang tidak telus. Niat untuk membaiki diri harus datang dari dalam diri sendiri dan bukan dipaksakan. Dari kes di atas, pihak pengurusan PKM mula tidak endah dan menunjukkan sikap tidak berdisiplin sebaik saja ADUN merubah fokusnya. Ini menandakan kemahuan membaiki diri bukan datang dari dalam diri.

Keduanya, stakeholder atau pemegang hak mesti mengambil berat dengan perkembangan dan kemajuan. Walaupun ADUN merubah fokusnya, namun perhatian walaupun sedikit harus diberikan bagi memastikan kejayaan projek. Secara terang-terangan, sebaik ADUN merubah fokus, pihak pengurusan hilang minat untuk membaiki diri dan ini menggagalkan proses penambah baikan PKM.

Ketiganya, keselesaan dengan sikap lama juga memainkan peranannya. Pihak pengurusan tidak bermotivasi untuk berubah dan dengan tiadanya pengawasan dari ADUN, maka mereka selesa melepaskan diri dari berubah.

Sebagai kesimpulannya, usaha membaiki diri bukanlah suatu yang mudah dan bukan juga bukan suatu yang sukar. Pokoknya, kemahuan diri dan disiplin perlu diterapkan. Niat yang ikhlas pada diri sendiri pula menjadi tunjangnya. Akhirnya natijah yang baik akan datang juga, tepuk dada tanya selera. MARILAH MEMBAIKI DIRI.


___________________

AMZZAH NASEEHAH RESOURCES menawarkan khidmat kepakaran di dalam bidang Sumber Manusia pengkhususan Polisi, Penggajian dan Munafaat pekerja, Hubungan Industri dan pengurusan am. Kami juga menjalankan program motivasi pelajar dan kursus perkembangan kemahiran perkerja. Antara pelangan yang pernah menerima perkhidmatan  kami ialah ADUN Gombak Setia, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan UiTM. CEO/Managing Consultant kami, Haji Abd Malek, mempunyai 25 tahun pengalaman Sumber Manusia di Shell.