I sat for my Ujian Penilaian (now UPSR) in 1975. My result was 2A 3B, at the top quartile of my school, alhamdulillah. However, I purposely failed my interview to enroll into MRSM, a boarding secondary school, so as I can be at home with my family. This was a concsious decision which I did not regret.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0pg83_WT2lBdY1WpxV_BGcOPuNE8-BWbkFpxdHCXkfA1dDzRmnxjduwUfq1br1eqShW63ewHwcldzTHBPVco8Bgtan6o2uDK879bLZ-glpkqoS8z_OUj-hTT-tWHxPX7PMrr-9kXBvbE/s320/highschool.jpg)
~~~~0~~~~
Selamat Sejahtera kepada anda yang menerima hidayah.
Saya telah mengambil Ujian Penilaian (sekarang dipanggil UPSR) pada tahun 1975. Keputusan saya 2A 3B, berada di suku pertama dalam sekolah saya, alhamdulillah. Akan tetapi, saya sengaja menggagalkan temuduga saya untuk masuk ke MRSM, sekolah menengah berasrama penuh, agar saya dapat bersama keluarga. Keputusan ini saya buat sendiri dan saya tidak pernah menyesal.
Saya kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak (Setapak High School) bermula pada 1977. Saya menuntut di sana dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Rendah. Di sekolah ini, saya menduduki peperiksaan SRP (Gred A) dan SPM (Gred 1 - Aggreget 17). Selain dari berlajar, saya telah bergiat aktif di dalam sukan kompetitif intra sekolah, mewakili kelas dan rumah sukan saya.
Saya juga aktif di dalam persatuan dan kelab, saya merupakan Naib Presiden Kesatuan Pelajar Islam, AJK Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Malaysia dan Pengawas Sukan. Saya menjawat jawatan ketua kelas dari Tingkatan 1 hingga 5, satu penyata akan kepopularan dan kepimpinan saya di antara rakan sekelas saya. Ini semua ialah kerana kesanggupan saya untuk membuat kerja tambahan dan hubungan baik dengan guru-guru.
No comments:
Post a Comment