Semalam saya berkongsi di laman facebook peribadi saya, di laman facebook syarikat saya Amzzah Naseehah Resources dan di whatsap group mengenai kehebatan seseorang bergantung kepada ramainya manusia mengingati jasa dan baktinya setelah dia mati. Di whatsap seorang rakan bertanya "ADA DALIL & HUJJAH? Kalau orang syiah guna hujjah nta dgn ambil cth khomeini yg dikenang jasanya ketika upacara pekebumiannya yg d hadiri hampir 2 juta org penganut syiah??"
Pertamanya kenyataan saya itu bukannya hukum tetapi kenyataan neutral. Ianya juga bukan merujuk kepada jumlah ramainya manusia yang hadir di waktu pengebumian. Ianya adalah luahan hati saya ketika mengetahui berita sedih kematian salah seorang tokoh baru-baru ini. Memang ramai orang menyanjung seseorang ketika masih hidup tetapi ramai pula yang akan melupakan mereka setelah mereka mati. Sanjungan yang diberi mungkin kerana untuk kepentingan peribadi atau kerana tekanan yang memaksa. Setelah mati, tiada siapa yang peduli. Sememangnya jasa dan bakti seseorang itu yang akan diingati setelah dia mati.
Menggunakan contoh syiah dan Khomeini itu lebih kepada sifat peribadi rakan tersebut kerana perbezaan mazhab. Akan tetapi jangan lupa jasa Khomeini membebaskan rakyat Iran dari kezaliman Syah Iran. Berapa beraninya mereka ketika itu menentang imperialisme Amerika Syarikat dan sekutunya. Mungkin perbezaan mazhab boleh dijadikan alasan, akan tetapi kita perlu bijak mengambil apa yang baik dari peristiwa sejarah yang telah berlaku. Sekiranya tidak, kita akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh orang di masa lampau.
No comments:
Post a Comment