Ketidak upayaan menghadapi dan mengatasi kesemuanya itu akan mengakibatkan kemajuan terencat dan risiko kegagalan yang tinggi. Semua ini adalah benar sekiranya manusia itu sedar akan kepentingan untuk maju. Sekiranya anda tidak tergolong dalam kumpulan ini, anda tidak perIu terus membaca artikel ini. :)
Oh! Anda masih di sini. Tahniah! Anda telah berjaya mengatasi halangan pertama untuk maju... :)
Jadi di manakah titik permulaan ke arah kemajuan ini? Titik permulaan selalunya bermula dengan matlamat di penghujung usaha. Jarak titik permulaan ke matlamat pula bergantung kepada kesungguhan untuk mencapai kemajuan yang tertinggi dan unggul. Lagi tinggi dan unggul matlamat maka semakin jauh jarak dan semakin sukar perjalanan mencapai matlamat. Akan tetapi hasilnya akan lebih lumayan.
Menetapkan matlamat bermula dengan anggaran nilai. Matlamat yang amat bernilai ialah pencapaian ke tahap kemajuan yang mengatasi kebolehan biasa dan menjadi rebutan oleh orang yang bersemangat jitu. Menetap matlamat mudah adalah menyusahkan kerana ianya perlu dibuat banyak kali kerana ia selalunya tidak mencabar dan mengambil masa yang singkat untuk dicapai. Adalah lebih molek sekiranya matlamat yang ditetapkan itu berpanjangan dan bersinambung bersesuaian dengan minat dan cita-cita yang diidam-idamkan.
Bagi seorang petani, contoh matlamat yang bernilai ialah memperolehi hasil pertanian yang Iumayan hasil dari usaha yang kurang dari usaha yang dilakukan bagi musim yang lalu baik dari segi masa, perbelanjaan dan tenaga kerja. Ini terhasil hanya jika petani itu dapat melaksanakan usaha yang Iebih bijak dan berkesan dari usaha-usaha yang terdahulu.
Sekiranya anda perhatikan kepada contoh yang diberikan, perbezaannya dari cara pemikiran yang biasa ialah keperluan kepada kebolehan untuk peka kepada sebab dan akibat. Usaha, perbeIanjaan dan guna tenaga yang Iebih efisyen adalah sukar sekiranya tiada kepekaan kepada sebab dan akibat. Kepekaan terhasil dari kerajinan untuk memerhatikan apakah akibatnya sekiranya sebab-sebab yang menghasilkan hasil pertanian diubah-ubah untuk menjadi Iebih efisyen.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian telah di sebut di perenggan di atas. Ianya disebut sebagai faktor pacuan kemajuan dan ianya adalah:
- Kepekaan
- Kerajinan
- Pemerhatian
Ye! Tindakannya bukan mudah tetapi senang jika telah menjadi kebiasaan. Bagaikan ketika pertama kali berlajar berjalan atau menunggang basikal dengan luka akibat terjatuh. Lama kelamaan dari berjalan boleh berlari atau dari menunggang sendirian sampai menunggang membawa adik, kawan atau barang. "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakIt dahulu bersenang-senang kemudian".
Di samping faktor pacuan kemajuan, kita juga perlu mengenal pasti faktor geseran kemajuan yang boleh melambatkan atau pun menghentikan perjalanan pacuan kemajuan yang hendak dilalui. Tajuk ini akan dibincangkan di dalam artikel yang mendatang insyaallah.
klik di sini untuk artikel seterusnya yang berkaitan dengan artikel ini Geseran merencatkan kemajuan
No comments:
Post a Comment