Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Friday, 24 May 2013

GESERAN MERENCATKAN KEMAJUAN

Faktor Fizik menyatakan di dalam setiap pergerakan akan berlaku geseran dari arah yang bertentangan. Geseran ini boleh melengahkan malah menghentikan terus pergerakan. Adakah geseran itu boleh dihapuskan? Geseran adalah suatu fenomena yang tidak boleh dielakkan dan ianya akan ada pada setiap pergerakan.

Namun hasil dari pemerhatian dan kepekaan akan sebab dan akibat yang diulas di dalam artikel yang Ialu "Titik Permulaan Memacu Kemajuan, kejuruteraan Mekanikal yang merupakan salah satu dari cabang Fizik mengunjurkan penggunaan bahan pengurangan geseran bagi melancarkan pergerakan. Itulah sebabnya sekiranya kereta kita dihantar untuk diservis, maka minyak pelincir enjin diisi ke dalam enjin, air diisi ke dalam radiator, minyak gris diletakkan di antara permukaan yang bergeseran bagi mengurangkan kesan geseran.

Begitulah juga perjalanan ke arah kemajuan. Geseran berlaku di setiap masa dan ketika samada disedari atau tidak. Ianya bertentangan dengan Faktor Pacuan Kemajuan (FPK) dan melemahkan malah melemaskan usaha ke arah kemajuan. Mengenali geseran ke arah kemajuan dan bertindak mengurangkan atau menghindar geseran dapat memudahkan lagi pacuan ke arah kemajuan. Untuk memudahkan perbincangan bolehlah kita menamakan ianya sebagai Faktor Geseran Kemajuan (FGK).

Apakah FGK yang dimaksudkan itu?

FGK terdiri dari faktor Iuaran (FGK-l) dan dalaman (FGK-d). FGK-l terdiri dari geseran kemajuan yang terhasil dari unsur-unsur yang berada di persekitaran kita. Antara contoh FGK- l ialah cuaca dan masa. FGK-d pula terdiri dari unsur-unsur yang berada pada atau di dalam diri kita sendiri dan antara contohnya ialah kemalasan, melengah-lengahkan tindakan dan sikap sambil lewa.

Sekiranya kita melakarkan kesemua elemen-elemen yang dibincangkan di sini di dalam satu Gambarajah Komposit, ianya lebih mudah dirujuk seperti berikut:

Sekiranya kita menggunakan contoh petani yang telah digunakan dahulu, FGK-l petani boleh merupakan hujan atau cahaya matahari yang tidak mencukupi atau berlebihan sehinggakan kesuntukan masa untuk semaian atau tuaian dilakukan. FGK-l petani kemungkinan berada di luar kawalan petani itu sendiri dan tindakan untuk mengurangkannya mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kecualilah petani mempunyai modal yang besar dan teknologi yang tinggi untuk bertani di dalam kawasan pertanian automasi dengan jumlah air, laluan udara dan kepanasan yang terkawal. Petani boleh juga mengikuti perkembangan ramalan cuaca yang disiarkan saban hari untuk menelah kemungkinan perubahan cuaca untuk mengambil langkah adaptas seperti memeram hasil tanaman sekiranya boleh diperam, menuai awal sekiranya tidak mengganggu kualiti tanaman atau seumpamanya.

Manakala FGK-d petani boleh saja terdiri dari kemalasan, gangguan emosi, tidak meletakkan keutamaan kepada tindakan dengan betul dan seumpamanya. Bagi petani yang berpengalaman, kemungkinan untuk semua ini berlaku mungkin berkurangan dibanding dengan petani yang baru memulai usaha pertanian. Sesungguhnya tiada ubat untuk malas selain rajin. Kawalan emosi mungkin sukar namun boleh saja dilakukan dengan mengubah cara menghadapi masalah peribadi ataupun keluarga atau apa saja perkara yang boleh menganggu emosi. Meletakkan keutamaan yang betul dengan cara membuat sesuatu yang betul pada masa dan tempat yang betul boleh juga dijadikan panduan. Masa untuk peribadi dan keluarga dikhususkan di dalam perancangan manakala masa untuk bertani menjadi perancangan tetap sebagai usaha mencari rezeki.

Di dalam artikel yang akan datang, kita akan berbicara mengenai kajian kes untuk pelajar dan perkerja. Ikuti seterusnya.

untuk artikel sebelumnya yang berkaitan dengan artikel ini, sila klik Titik permulaan memacu kemajuan

No comments: