AMZZAH Naseehah is a virtual motivational and consultancy site for students establishing themselves in education, experienced and inexperienced employees striving to be successful in their career while balancing personal and family life. The intention here is to share our live experience to help one another. (Please feel free to follow and comment on this website. Your ideas are highly appreciated, thank you.)
I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development
If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.
Kind regards
hjmalek
Pages
Saturday, 1 March 2014
KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA CEMERLANG
Di dalam hidup serba moden dan maju, ramai manusia terkejar-kejar masa kerana jumlah tanggung jawab yang banyak dan kian bertambah. Seseorang itu adalah seorang hamba Allah, seorang suami atau isteri, seorang anak, seorang abang atau kakak, seorang adik dalam masa yang sama . Mungkin dia juga adalah seorang ahli jawatankuasa persatuan atau masjid atau surau. Selain dari itu dia juga seorang pekerja.
Dengan kerja di pejabat yang banyak, tangung jawab yang lain-lain juga memerlukan tumpuannya baik dari segi fizikal dan mental. Semua ini harus dilakukan di dalam masa yang terhad saban hari. Mungkin ada pekerja yang boleh menguruskan tekanan yang dialaminya dengan baik, akan tetapi ada juga yang tertekan teruk sehingga mendatangkan akibat buruk kepada kesihatan fizikal dan mental. Sekiranya ini berlaku, bukan pekerja yang terlibat itu saja yang menanggung akibatnya. Produktiviti pekerja itu akan menurun dan rakan sekerjanya terpaksa pula menanggung kerja yang tidak dapat ditangani dan gejalan ini pula menimbulkan tekanan kepada mereka. Di pihak penyelia dan pengurusan pula, mereka terpaksa menumpukan masa dan mencari cara untuk menguruskan masalah ini dengan baik.
Dengan kekangan masa yang terhad dan tanggung jawab yang banyak, pekerja harus tahu mengurus masanya dengan cemerlang. Ia perlu tahu cara bagaimana untuk mengutamakan yang penting dan segera, juga bagaimana membahagikan masa yang sedikit untuk mengurus kerja yang banyak, serta bagaimana membuat keputusan bahawa kerja itu boleh ditangguhkan. Pekerja juga perlu tahu bagaimana untuk menjimatkan masa agar masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk kerja yang lebih berfaedah.
Melalui pengurusan masa yang cemerlang, kerja-kerja di pejabat akan dapat disusun atur dengan licin. Kelicinan kerja di pejabat akan memberikan keselesaan kepada pekerja, rakan sepejabatnya, penyelia dan pengurusnya malahan pelanggan dan orang awam yang berurusan dengannya di pejabat. Melalui keselesaan ini, produktivi akan meningkat dan suasana perkerjaan di pejabat akan terbina dengan harmoni.
Seterusnya produktivi yang meningkat dan suasana perkerjaan yang harmoni akan memupuk masyarakat yang cemerlang kerana setiap orang dapat membahagikan masanya dengan baik untuk tuntutan kerja dan tuntutan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan bengkel KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA CEMERLANG pada bulan Feb 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 30 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.
Saturday, 8 February 2014
KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG
Di dalam zaman yang serba moden, keperluan pelanggan menjadi semakin berpelbagai dan kompleks. Mereka bukan saja memerlukan hanya barangan dan perkhidmatan dari syarikat atau jabatan, mereka juga mengharapkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang yang akan diberikan oleh pekerja dan pentadbir syarikat dan jabatan itu. Perkhidmatan pelanggan ini dipakejkan sekali dengan nilai barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan. Lebih cemerlang perkhidmatan pelanggan, lebih tinggilah nilai tambah barangan dan perkhidmatan yang mereka terima.
Semestinya pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari para pekerja yang berkerja samada di jabatan atau di syarikat kerana merekalah yang membayar harga barangan dan juga membayar cukai yang dikutip untuk membiayai operasi jabatan. Oleh itu adalah penting untuk para perkerja atau pentadbir memahami bagaimana cara untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang supaya nilai tambah dapat diberikan kepada pelanggan. Melalui pengetahuan ini, syarikat akan lebih maju di dalam urusniaga mereka dan jabatan akan lebih progresif di dalam urusan pentadbiran mereka manakala para pekerja pula akan mendapat pengalaman yang ternilai dan penghormatan serta sanjungan dari para pelanggan serta majikan.
Pekerja dan pentadbir perlu mengetahui asas dan prinsip perkhidmatan pelanggan cemerlang, mengetahui siapakah pelanggan mereka dan segmen pelanggan mereka, bagaiman cara untuk memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, bagaimana cara untuk menguruskan rungutan pelanggan dan bagaimana menangani kehendak pelanggan yang mendesak.
Terdapat risiko sekiranya perkhidmatan pelanggan tidak memuaskan hati pelanggan. Syarikat akan kehilangan pelanggan dan jualan mula merosot. Di jabatan pula, lebih banyak rungutan terpaksa dilayan dari pelanggan kerana pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan. Pekerja dan pengurusan jabatan akan terpaksa memberikan masa dan tenaga untuk menyelesaikan rungutan pelanggan walhal masa dan tenaga itu boleh digunakan untuk urusan jabatan yang lain. Di samping itu kewibawaan jabatan akan menurun kerana perkhidmatan yang buruk.
Melalui pengetahuan perkhidmatan pelanggan cemerlang, urusniaga di syarikat akan lebih menguntungkan kerana pelanggan akan datang untuk membuat pembelian turutan. Di jabatan pula, perkhidmatan pelanggan cemerlang dapat mengharmonikan urusan pelanggan dan para pekerja akan lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana kurangnya tekanan kerja kerana terpaksa menyelesaikan rungutan pelanggan. Di samping itu, aktiviti jabatan akan lebih lancar dan licin kerana kurangnya rungutan dari pelanggan. Masa dan tenaga boleh dijimatkan untuk penambah baikan pengurusan jabatan.
Setelah pekerja mempraktikkan perkhidmatan cemerlang, syarikat akan mendapat keuntungan hasil dari jualan yang bertambah dan ianya akan dapat memberikan penambahan ekonomi kepada negeri dan negara. Masa depan pekerjaan pekerja akan lebih terjamin di samping insentif yang akan diberikan oleh syarikat. Di jabatan pula, segala urusniaga akan berjalan lancar dan pekerja serta pengurusan akan mendapat lebih masa terluang untuk melakukan kerja dengan harmoni tanpa rungutan. Di samping itu nama baik jabatan, pengurusan dan pekerja akan lebih dipandang tinggi dan memberikan impak positif kepada kerajaan. Masyarakat pula akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan bengkel KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG pada bulan Mac 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.
Wednesday, 5 February 2014
BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG : 15 FEB 2014
Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat :
- Meningkatkan pemahaman kepada asas dan prinsip komunikasi cemerlang
- Mengetahui proses komunikasi cemerlang
- Mengawal unsur-unsur komunikasi agar lebih cemerlang
Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG pada 15 Februari 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.PENGENALAN
Kita berkomunisi atau berhubung setiap masa. Komunikasi berlaku di mana-mana sewaktu kita berinteraksi sesama sendiri samada di rumah, di masjid, di surau, di pasar, di padang permainan, di sekolah atau di pejabat. Komunikasi nampaknya mudah dilakukan akan tetapi komunikasi mempunyai beberapa fasa proses yang rumit kerana komunikasi memerlukan suatu kejelasan dan ketepatan supaya maklumat-maklumat dan arahan-arahan yang diberikan dapat difahami dengan baik serta langkah-langkah dan tindakan-tindakan dari komunikasi yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Kita kurang menyedari bahawa komunikasi juga berlaku ketika kita tidak bercakap samada dari segi gerak bahasa tubuh. Ini ialah kerana komunikasi berlaku melalui lisan dan bukan lisan. Seseorang yang bersetuju tetapi mengeleng-gelengkan kepalanya mungkin dianggap memberi maksud dia tidak bersetuju atau memberikan tanda yang bercampur-campur, setuju di dalam bantahan.
Proses komunikasi berlaku dari pemberi maklumat, media maklumat dan penerima maklumat. Di samping itu komunikasi yang berkesan bergantung kepada persekitaran yang kondusif untuk pemahaman yang baik. Sekiranya terdapat gangguan dari persekitaran samada dari segi gangguan bunyi atau pemandangan, maka komunikasi tidak boleh berlaku dengan baik dan sempurna.
Selain dari itu kepelbagaian budaya juga boleh mempengaruhi kejayaan komunikasi. Contohnya masyarakat India akan mengeleng-gelengkan kepalanya ketika mereka berbual tanda bersetuju. Sekiranya ini berlaku kepada seorang rakan komunikasi berbangsa Inggeris yang mempunyai budaya mengangguk sebagai tanda setuju, mungkin rakan bangsa Inggeris itu akan menyangkakan bahawa rakannya tidak setuju dengan apa yang dibualkan. Oleh itu memahami budaya sesuatu masyarakat juga penting untuk berkomunikasi secara cemerlang.
Terdapat juga risiko jika komunikasi tidak dibuat dengan berkesan. Arahan kerja akan terkeliru dan mungkin mengakibatkan kepada kerugian kos, masa dan tenaga. Kerugian ini belum lagi dicampurkan dengan kos keperluan untuk membuat pembaikan kerana arahan kerja yang tidak jelas kerana kerja pembaikan akan melibatkan kos, masa dan tenaga tambahan yang sepatutnya boleh dilaburkan kepada usaha yang lain agar perkembangan kerja dan usaha akan lebih maju dan progresif.
Terdapat juga risiko yang lebih besar. Mungkin juga komunikasi yang salah akan membawa kepada persengketaan yang merupakan natijah negatif kepada masyarakat. Ini ialah kerana ahli masyarakat akan mula tidak puas hati dan perpaduan masyarakat mungkin akan terjejas. Sekiranya ini terjadi kepada masyarakat yang merupakan unit asas rakyat kepada negeri dan negara, maka akibat yang lebih buruk mungkin akan berlaku dan ianya boleh membantutkan usaha kerajaan memajukan negeri dan negara.
Oleh itu amat perlu kita memahami cara untuk mengawal proses komunikasi bagi memberikan kesan yang maksimum di dalam kejayaan komunikasi terutamanya di tempat kerja. Melalui pemahaman yang cemerlang mengenai asas dan proses komunikasi, kita akan boleh berkomunikasi dengan cemerlang dan membantu memacu kejayaan kepada jabatan atau syarikat tempat kita berkerja dengan komunikasi yang jelas dan padat dan kerja yang betul dan tepat tanpa perlu usaha pembaikan yang melibatkan kos tambahan.
Begitu juga kebaikan dapat dirasakan oleh masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dari jabatan atau syarikat yang bertemu dengan kita. Selain dari itu, kerajaan pula akan memperolehi munafaat dengan pemahaman rakyat kepada komunikasi cemerlang kerana keluarga akan lebih bahagia, perkerja akan lebih produktif dan masyarakat akan lebih bersatu dan berjaya.
Friday, 31 January 2014
AKAN DATANG PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN BERKERJA AMZZAH NASEEHAH RESOURCES
Sunday, 26 January 2014
KEHEBATAN MANUSIA
Semalam saya berkongsi di laman facebook peribadi saya, di laman facebook syarikat saya Amzzah Naseehah Resources dan di whatsap group mengenai kehebatan seseorang bergantung kepada ramainya manusia mengingati jasa dan baktinya setelah dia mati. Di whatsap seorang rakan bertanya "ADA DALIL & HUJJAH? Kalau orang syiah guna hujjah nta dgn ambil cth khomeini yg dikenang jasanya ketika upacara pekebumiannya yg d hadiri hampir 2 juta org penganut syiah??"
Pertamanya kenyataan saya itu bukannya hukum tetapi kenyataan neutral. Ianya juga bukan merujuk kepada jumlah ramainya manusia yang hadir di waktu pengebumian. Ianya adalah luahan hati saya ketika mengetahui berita sedih kematian salah seorang tokoh baru-baru ini. Memang ramai orang menyanjung seseorang ketika masih hidup tetapi ramai pula yang akan melupakan mereka setelah mereka mati. Sanjungan yang diberi mungkin kerana untuk kepentingan peribadi atau kerana tekanan yang memaksa. Setelah mati, tiada siapa yang peduli. Sememangnya jasa dan bakti seseorang itu yang akan diingati setelah dia mati.
Menggunakan contoh syiah dan Khomeini itu lebih kepada sifat peribadi rakan tersebut kerana perbezaan mazhab. Akan tetapi jangan lupa jasa Khomeini membebaskan rakyat Iran dari kezaliman Syah Iran. Berapa beraninya mereka ketika itu menentang imperialisme Amerika Syarikat dan sekutunya. Mungkin perbezaan mazhab boleh dijadikan alasan, akan tetapi kita perlu bijak mengambil apa yang baik dari peristiwa sejarah yang telah berlaku. Sekiranya tidak, kita akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh orang di masa lampau.
Monday, 13 January 2014
KERJAYA : PENERBANGAN TERUS ATAU PENERBANGAN BERHENTI-HENTI
Semasa saya menuntut di sekolah, saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan ahli politik yang berpengaruh. Cita-cita ini dibentuk mungkin kerana pertamanya saya telah terdedah kepada dunia perniagaan sewaktu kecil seperti menjaja jagung rebus dan buah cempedak di sekeliling kampung tempat saya tinggal.
Selain dari itu, saya juga berminat mengenai politik ketika saya masih lagi di tingkatan dua dengan saya mengikuti isu politik semasa di Malaysia dan perkembangan dakwah yang merangkumi aspek sosial dan kenegaraan. Saya mengaitkan usahawan yang berjaya dan ahli politik berpengaruh kerana pada pandangan saya, saya harus bebas dari kongkongan kerjaya dan berupaya menjana dana sendiri untuk menjadi seorang ahli politik yang berpengaruh.
Semasa di universiti pula saya mengikuti kursus kejuruteraan dan matematik. Minat saya masih kekal kepada alam perniagaan dan politik. Namun saya berasa sangsi samada kursus yang saya ikuti itu dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi usahawan yang berjaya kerana bidang yang saya pelajari tiada berkaitan langsung dengan perniagaan. Sesudah itu, saya mengikuti pula kursus perniagaan dan ini meletakkan saya sangat hampir dengan impian saya. Namun sesudah tamat pengajian, kesedaran bahawa perniagaan memerlukan modal yang tidak sedikit dengan keadaan saya yang tidaklah berharta dan mewah membuatkan saya memendamkan dulu impian itu. Malahan pula keadaan ekonomi yang merudum sebaik saja tamat pengajian saya tidak membantu saya mengejar cita-cita tersebut.
Akhirnya setelah tamat semua pengajian saya, saya mula berkerja di dalam bidang Sumber Manusia. Namun saya masih lagi menyimpan cita-cita saya yang asal. Apa yang boleh saya lakukan ketika itu ialah dengan menceburkan diri saya di dalam perniagaan jualan langsung. Percaya atau tidak, saya menguruskan aktiviti perniagaan jualan langsung saya seolah-olah ianya perniagaan yang sebenar. Saya mempunyai set akaun yang lengkap dengan akaun-akaun jualan, belian, tunai, bank dan akaun timbang tara. Saya lakukan ini sehinggakan untung bulanan bersih yang saya perolehi mencapai ratusan ringgit setelah ditolak segala kos. Kejayaan tertinggi saya ialah saya dianugerahkan bintang pencapaian dari skim syarikat jualan langsung tersebut. Namun masa berlalu dengan penambahan komitmen keluarga dan desakan kerja. Akibatnya masa untuk aktiviti jualan langsung semakin mengecil dan syarikat jualan langsung itupun menghadapi masalah dan seterusnya ditutup.
Sekarang saya berkerja sepenuh masa sebagai ahli profesional di dalam bidang Sumber Manusia. Namun, di waktu lapang, saya menguruskan perniagaan melalui khidmat konsultansi pengurusan dan khidmat nasihat sumber manusia melalui syarikat saya sendiri. Di waktu yang sama, saya terlibat di dalam kegiatan politik. Saya masih belum mencapai cita-cita saya yang sebenar namun usaha saya masih ke arah itu dan perjalanan ini akan saya teruskan.
Pengajaran yang saya perolehi dari perjalan hidup saya setakat ini ialah cita-cita itu merupakan satu matlamat dan jalan ke arah matlamat itu mungkin merupakan penerbangan terus dan ada juga penerbangan yang berhenti-henti. Sekiranya kita melalui penerbangan yang berhenti-henti, pastikan di setiap perhentian kita mengumpul sebanyak pelajaran dan pengalaman agar bila kita sampai ke destinasi terakhir, kita masih dapat menggunakan segala manafaat yang dikutip di sepanjang perjalanan dan perhentian tersebut.
Thursday, 9 January 2014
MOTIVASI : CARA BERUSAHA TAHAP LIMA BINTANG
ULASAN~ 3rd Law of Newton i.e "for every action there will be an equal and opposite reaction" sebenarnya adalah hukum Allah swt di mana di dalam menentukan natijah sesuatu usaha, ia bergantung kepada jumlah usaha dan pengorbanan yang diberikan.
Memang Allah boleh memberikan sesuatu kebaikan kepada hambanya tanpa diduga, akan tetapi syaratnya kita perlulah bertaqwa (rujuk AYAT SERIBU DINAR).
Alangkah baik, setahap lima bintang, jika kita bertaqwa, berusaha dan kemudiannya bertawakkal untuk mencapai apa yang dicita-citakan oleh kita. Nescaya kejayaan yang diperolehi itu akan lebih manis lagi.
SELAMAT MENCUBA.
Friday, 24 May 2013
GESERAN MERENCATKAN KEMAJUAN

Sekiranya kita menggunakan contoh petani yang telah digunakan dahulu, FGK-l petani boleh merupakan hujan atau cahaya matahari yang tidak mencukupi atau berlebihan sehinggakan kesuntukan masa untuk semaian atau tuaian dilakukan. FGK-l petani kemungkinan berada di luar kawalan petani itu sendiri dan tindakan untuk mengurangkannya mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kecualilah petani mempunyai modal yang besar dan teknologi yang tinggi untuk bertani di dalam kawasan pertanian automasi dengan jumlah air, laluan udara dan kepanasan yang terkawal. Petani boleh juga mengikuti perkembangan ramalan cuaca yang disiarkan saban hari untuk menelah kemungkinan perubahan cuaca untuk mengambil langkah adaptas seperti memeram hasil tanaman sekiranya boleh diperam, menuai awal sekiranya tidak mengganggu kualiti tanaman atau seumpamanya.
Saturday, 18 May 2013
TITIK PERMULAAN MEMACU KEMAJUAN
Ketidak upayaan menghadapi dan mengatasi kesemuanya itu akan mengakibatkan kemajuan terencat dan risiko kegagalan yang tinggi. Semua ini adalah benar sekiranya manusia itu sedar akan kepentingan untuk maju. Sekiranya anda tidak tergolong dalam kumpulan ini, anda tidak perIu terus membaca artikel ini. :)
Oh! Anda masih di sini. Tahniah! Anda telah berjaya mengatasi halangan pertama untuk maju... :)
Jadi di manakah titik permulaan ke arah kemajuan ini? Titik permulaan selalunya bermula dengan matlamat di penghujung usaha. Jarak titik permulaan ke matlamat pula bergantung kepada kesungguhan untuk mencapai kemajuan yang tertinggi dan unggul. Lagi tinggi dan unggul matlamat maka semakin jauh jarak dan semakin sukar perjalanan mencapai matlamat. Akan tetapi hasilnya akan lebih lumayan.
Menetapkan matlamat bermula dengan anggaran nilai. Matlamat yang amat bernilai ialah pencapaian ke tahap kemajuan yang mengatasi kebolehan biasa dan menjadi rebutan oleh orang yang bersemangat jitu. Menetap matlamat mudah adalah menyusahkan kerana ianya perlu dibuat banyak kali kerana ia selalunya tidak mencabar dan mengambil masa yang singkat untuk dicapai. Adalah lebih molek sekiranya matlamat yang ditetapkan itu berpanjangan dan bersinambung bersesuaian dengan minat dan cita-cita yang diidam-idamkan.
Bagi seorang petani, contoh matlamat yang bernilai ialah memperolehi hasil pertanian yang Iumayan hasil dari usaha yang kurang dari usaha yang dilakukan bagi musim yang lalu baik dari segi masa, perbelanjaan dan tenaga kerja. Ini terhasil hanya jika petani itu dapat melaksanakan usaha yang Iebih bijak dan berkesan dari usaha-usaha yang terdahulu.
Sekiranya anda perhatikan kepada contoh yang diberikan, perbezaannya dari cara pemikiran yang biasa ialah keperluan kepada kebolehan untuk peka kepada sebab dan akibat. Usaha, perbeIanjaan dan guna tenaga yang Iebih efisyen adalah sukar sekiranya tiada kepekaan kepada sebab dan akibat. Kepekaan terhasil dari kerajinan untuk memerhatikan apakah akibatnya sekiranya sebab-sebab yang menghasilkan hasil pertanian diubah-ubah untuk menjadi Iebih efisyen.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian telah di sebut di perenggan di atas. Ianya disebut sebagai faktor pacuan kemajuan dan ianya adalah:
- Kepekaan
- Kerajinan
- Pemerhatian
Ye! Tindakannya bukan mudah tetapi senang jika telah menjadi kebiasaan. Bagaikan ketika pertama kali berlajar berjalan atau menunggang basikal dengan luka akibat terjatuh. Lama kelamaan dari berjalan boleh berlari atau dari menunggang sendirian sampai menunggang membawa adik, kawan atau barang. "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakIt dahulu bersenang-senang kemudian".
Di samping faktor pacuan kemajuan, kita juga perlu mengenal pasti faktor geseran kemajuan yang boleh melambatkan atau pun menghentikan perjalanan pacuan kemajuan yang hendak dilalui. Tajuk ini akan dibincangkan di dalam artikel yang mendatang insyaallah.
klik di sini untuk artikel seterusnya yang berkaitan dengan artikel ini Geseran merencatkan kemajuan
