I found my first year in the job very fulfilling. The highlight of the year was when my departmental manager had commended one of my works. It was an analysis that I had done on correlation of good performance appraisal and position seniority. It was just my own initiative of downloading of appraisal and staff personal data that I then turned into some tables and charts which was actually beyond my work scope. But this was key to how my departmental manager perceived me as an asset to the company.
Other than that, two parties continued to be instrumental in assisting me and keeping me afloat during my tumultuous first year. I had mentioned them previously, they were my diploma holder co-workers informal network and my mentor i.e. the departmental manager. Before I write more on their contributions, let me provide a brief background how these relationships were formed.
It was fortunate that all five of us in the network worked in the Human Resources department at the same location, although in different units. Hence, we would try to have breakfast and lunch together for most of the time. The topic of discussion during these meal sessions would either be the experience that we had gathered after the previous get together or sharing of problems or issues that we would then put our head together to resolve. I find this network very useful and one of its members was actually instrumental in making my departmental manager as my mentor.
It happened after one of my senior colleagues had aggressively pulled out my files from our shared cupboard and told me to find my own cupboard. I reported this incidence to my supervisor who instead of taking a much firmer action, merely took a more diplomatic route of getting me a cupboard of my own. This in turn had made the seniors bolder in their action on me as they perceived nobody could take any action against them. They then ganged up in boycotting me. They stopped providing me any assistance nor talk to me. I found this very petty, childish and disruptive to my work and professional relationship with them.
I then shared this experience with my fellow network members. Due to the nature of one of the network members' job who needed to work closely with my departmental manager, he then informed my departmental manager. My departmental manager then called me into his office for a chat.
We had a brief conversation but the words that he spoke to me had a very big impact on me and later the decision I made to stay on and serve my current company. My departmental manager said,"Malek, every time you go home at the end of the day, just thank God that you had never hurt other people's feeling and other people are not angry with you". He also told me that I have a bright future in the company, not merely because of my qualification, but the quality of work that I had shown to him.
After that, once in a while we would go out for lunch or go for Friday prayers together. During this time I would take the opportunity to update him on my work and he in turn provide me advices and pointers. This is not a sucking-up as some people would say, but a good upwards working relationship. As a matter of fact, this had helped me in my work performance tremendously.
At the end of my first year, I was then promoted. This was the highlight prior to my second year on the job. More to come in my next posting.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mentor, rangkaian kerja dan kenaikan pangkat saya yang pertama
Saya melalui tahun pertama perkerjaan saya dengan rasa penuh kepuasan. Pencapaian utama tahun pertama itu ialah apabila pengurus jabatan saya memberi pujian di atas salah satu kerja saya. Ianya merupakan satu analisa yang saya buat mengenai perhubungan antara penilaian prestasi baik dengan ketinggian pangkat. Ia hanyalah satu inisiatif saya sendiri di mana saya telah menurun muat kesemua data peribadi perkerja dan laporan prestasi mereka yang kemudiannya saya rubah menjadi beberapa jadual dan carta analisis di mana ianya bukanlah sebenarnya bidang kerja saya. Namun ini merupakan kunci bagaimana ketua jabatan saya memandang saya sebagai aset kepada syarikat.
Selain dari itu, ada dua kumpulan terus memberikan sokongan dan memastikan saya terus mengharungi tahun pertama saya yang penuh pancaroba. Saya telah pun menyebut siapakah mereka sebelum ini, mereka adalah rangkaian tidak formal rakan sekerja pemegang diploma dan mentor saya i.e. pengurus jabatan saya sendiri. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut mengenai sumbangan mereka, izinkan saya memberikan penerangan ringkas bagaimana hubungan ini telah terbentuk.
Secara kebetulan kelima-lima rakan sekerja di dalam rangkaian tidak formal itu berkerja di jabatan Sumber Manusia di lokasi yang sama, walaupun di unit yang berlainan. Oleh itu, kami akan sekerap mungkin mengambil sarapan dan makan tengahari bersama-sama. Topik perbualan semasa kami makan bersama ialah samada pengalaman yang diperolehi setelah perjumpaan yang lalu ataupun berkongsi masalah ataupun isu supaya kami dapat berbincang dan mencari jalan penyelesaiannya. Saya dapati rangkaian ini sangat berfaedah dan salah seorang dari ahlinya memainkan peranan penting di dalam menjadikan pengurus jabatan saya menjadi mentor saya.
Ianya berlaku selepas salah seorang rakan sekerja senior saya telah mengeluarkan secara agresif kesemua fail-fail saya dari almari kabinet yang dikongsi bersama dan mengarah saya mencari almari kabinet saya sendiri. Saya melaporkan insiden ini kepada penyelia saya yang mengambil tindakan diplomasi dengan hanya memberikan almari kabinet saya sendiri daripada mengambil tindakan yang lebih tegas dari itu. Akibatnya, ini telah membuatkan rakan sekerja senior saya lebih berani kerana pada pandangan mereka tiada siapa yang boleh mengambil tindakan ke atas mereka. Mereka kemudiannya telah sepakat untuk memboikot saya. Mereka memberhentikan segala bantuan kepada saya malahan tidak lagi mahu bercakap dengan saya. Saya berpendapat ini sangatlah remeh, kebudak-budakan dan menganggu kerja saya dan hubungan professional saya dengan mereka.
Saya telah berkongsi pengalaman saya ini dengan rangkaian sekerja saya. Oleh kerana salah seorang dari mereka berkerja untuk ketua jabatan saya, dia kemudiannya telah memberitahu pengurus jabatan saya. Pengurus jabatan saya kemudiannya telah memanggil saya ke pejabatnya untuk berbincang.
Kami berbincang secara singkat akan tetapi apa yang dituturkan oleh pengurus jabatan saya mempunyai kesan yang mendalam ke atas saya dan kemudiannya keputusan yang saya buat untuk terus berkhidmat dengan syarikat saya sekarang ini. Pengurus jabatan saya mengatakan kepada saya, "Malek, setiap kali awak pulang ke rumah, bersyukurlah kepada Allah kerana awak tidak pernah menyakiti hati orang lain dan orang lain tidak mempunyai perasaan marah ke atas kamu." Dia juga memberitahu yang saya mempunyai masa depan yang cerah di dalam syarikat, bukan hanya kerana kelulusan saya, tetapi kerana kualiti kerja yang saya telah tunjukkan kepadanya.
Setelah itu, kami kadang-kala akan keluar untuk makan tengahari bersama atau pergi menunaikan solat Jumaat bersama. Setiap kali ini berlaku, saya akan mengambil peluang untuk memberitahu beliau ringkasan kerja-kerja yang telah saya lakukan dan dia pula akan memberikan kata-kata nasihat dan petunjuk. Ini bukanlah pembodekan seperti sesetengah tanggapan orang, tetapi cara hubungan kerja yang baik. Dan sememangnya ia amat membantu di dalam meningkatkan prestasi kerja saya.
Di penghujung tahun pertama saya, saya telah dinaikkan pangkat. Ini merupakan mercu tanda tahun kedua perkerjaan saya. Banyak lagi akan menyusul di posting yang akan datang.
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV Digital, I hope you enjoy. The address is http://tv-digital-brasil.blogspot.com. A hug.
Post a Comment