Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Sunday 27 May 2007

Childhood Memory

Peace be upon you who receive the guidance.

My father was a teacher who then became a headmaster. My mother was a housewife. I came from a big family, 5 boys including me and 5 girls, I'm ninth and 2 of my siblings had already passed away, a sister and a brother.



I can't remember much of my childhood from birth until I was five. I started to remember things when I was staying in Kampung Sungai Penchala which was then still a kampung with a clear river to have a bath or swim in, perimeter jungle to enjoy the wilderness and people who still know each other by names and who the children belong to.

Then, I didn't attend pre-school or kindergarten as it wasn't available at my place. I started my schooling in an English primary school without knowing how to read, count or write. I was greatly disadvantaged by this and everybody in my class thought I was a dumb boy, even some of the teachers. Naturally my grades were bad and I was at the bottom end of the class in every examination. I knew my father was disappointed with me but he didn't show it much.




Selamat sejahtera kepada anda yang menerima hidayah.

Abah saya semasa hidupnya adalah seorang guru dan kemudiannya menjadi Guru Besar. Emak saya adalah seorang suri rumah tangga, juga telah meninggal dunia. Keluarga saya besar, 5 lelaki termasuk saya dan 5 perempuan, saya yang ke sembilan dan 2 dari adik beradik saya telah meninggal dunia.

Saya tidak berapa ingat zaman kanak-kanak saya sehinggalah berumur lima tahun. Saya hanya mula mengingati sesuatu perkara semasa saya tinggal di Kampung Sungai Penchala yang pada masa itu masih lagi berciri kampung dengan sungai yang jernih untuk mandi dan berenang, hutan sekitar untuk menikmati suasana liar dan orang kampung yang saling kenal mengenali nama masing-masing sehinggakan tahu anak siapa.

Pada masa itu, saya tidak berpeluang bersekolah di tadika atau pra-sekolah kerana ianya tiada di tempat saya. Saya memulakan persekolahan saya di sebuah sekolah Inggeris tanpa tahu membaca, mengira atau menulis. Kerana itu, saya memang jauh ketinggalan dan semua di dalam kelas saya menyangkakan diri saya adalah seorang budak yang bodoh, malahan sebahagian dari guru saya juga. Seperti yang dijangka, saya mendapat tempat markah terendah dan tercorot di dalam kelas. Saya tahu abah saya kecewa akan tetapi dia tidaklah menunjukkannya kepada saya.

Thursday 17 May 2007

Introduction

Peace be upon you who receive the guidance.

All praise to God who had given me the time and energy to write in this blog. I intend to share my life experience from as early as possible in my childhood up till now. Hopefully this sharing would provide some motivation and guidance to you in your life.

I am currently an HR Professional in a multinational corporation. In my career, I have been handling a wide spectrum of HR activities ranging from HR administration, HR services, Expats Services, internal resourcing, manpower planning, attraction & recruitment, job evaluation, HR Policies, total compensation, cash remuneration and benefits.

I currently hold a managerial position providing HR Policy consultancy and advisory services to a team of more than 100 employees in implementating and providing of HR services to around 6,000 expatriates and local employees in the region, which spans from Middle East to China and down to Australia.

See you again, ilal liqaq.








~~~~~0~~~~~

Salam ke atas anda yang menerima hidayah.

Segala puji bagi tuhan yang telah memberikan kepada saya masa dan tenaga untuk menulis di dalam blog ini. Tujuan saya ialah untuk berkongsi pengalaman hidup saya dari seawal zaman kanak-kanak saya sehinggalah sekarang. Diharapkan perkongsian ini boleh memberikan anda motivasi dan panduan di dalam hidup anda.

Saya sekarang adalah seorang professional Sumber Manusia dengan salah sebuah syarikat multinasional. Sepanjang kerjaya saya, saya telah mengendalikan aktiviti-aktiviti Sumber Manusia dalam ruang lingkup yang luas dari segi pentadbiran, perkhidmatan Sumber Manusia, perkhidmatan pegawai dagang, persumberan dalaman, perancangan tenaga kerja, pengambilan, penilaian kerja, dasar-dasar Sumber Manusia, ganjaran keseluruhan, penggajian tunai dan faedah pekerja.

Saya memegang jawatan pengurusan dan memberikan khidmat konsultansi dan nasihat dasar-dasar Sumber Manusia untuk sekumpulan 100 orang perkerja di dalam menyampaikan perkhidmatan Sumber Manusia untuk sekitar 6,000 perkerja pegawai dagang dan tempatan di rantau ini, merangkumi dari Timur Tengah hingga China dan ke Australia.

Sehingga berjumpa lagi, ilal liqaq.