My father was a teacher who then became a headmaster. My mother was a housewife. I came from a big family, 5 boys including me and 5 girls, I'm ninth and 2 of my siblings had already passed away, a sister and a brother.
I can't remember much of my childhood from birth until I was five. I started to remember things when I was staying in Kampung Sungai Penchala which was then still a kampung with a clear river to have a bath or swim in, perimeter jungle to enjoy the wilderness and people who still know each other by names and who the children belong to.
Then, I didn't attend pre-school or kindergarten as it wasn't available at my place. I started my schooling in an English primary school without knowing how to read, count or write. I was greatly disadvantaged by this and everybody in my class thought I was a dumb boy, even some of the teachers. Naturally my grades were bad and I was at the bottom end of the class in every examination. I knew my father was disappointed with me but he didn't show it much.
Selamat sejahtera kepada anda yang menerima hidayah.
Abah saya semasa hidupnya adalah seorang guru dan kemudiannya menjadi Guru Besar. Emak saya adalah seorang suri rumah tangga, juga telah meninggal dunia. Keluarga saya besar, 5 lelaki termasuk saya dan 5 perempuan, saya yang ke sembilan dan 2 dari adik beradik saya telah meninggal dunia.
Saya tidak berapa ingat zaman kanak-kanak saya sehinggalah berumur lima tahun. Saya hanya mula mengingati sesuatu perkara semasa saya tinggal di Kampung Sungai Penchala yang pada masa itu masih lagi berciri kampung dengan sungai yang jernih untuk mandi dan berenang, hutan sekitar untuk menikmati suasana liar dan orang kampung yang saling kenal mengenali nama masing-masing sehinggakan tahu anak siapa.
Pada masa itu, saya tidak berpeluang bersekolah di tadika atau pra-sekolah kerana ianya tiada di tempat saya. Saya memulakan persekolahan saya di sebuah sekolah Inggeris tanpa tahu membaca, mengira atau menulis. Kerana itu, saya memang jauh ketinggalan dan semua di dalam kelas saya menyangkakan diri saya adalah seorang budak yang bodoh, malahan sebahagian dari guru saya juga. Seperti yang dijangka, saya mendapat tempat markah terendah dan tercorot di dalam kelas. Saya tahu abah saya kecewa akan tetapi dia tidaklah menunjukkannya kepada saya.
No comments:
Post a Comment