Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Sunday 8 July 2007

My job offer

Apart from directly applying jobs on my own, I had also registered myself at Jabatan Tenaga Rakyat JTR (this can now be done conveniently on line at the following url http://jcs.mohr.gov.my/jcs/jcs_jobseeker_register/pre_register.faces). This is where job seekers provide resume and prospective employers submit their job vacancies while JTR would facilate in coordinating the needs of both parties. The response was wonderful where I was called to attend 3 interviews.

The first interview was with a small direct selling company. The company's main business operation was selling books direct to customer. Instead of having a one-to-one interview, the Managing Director huddled a group of candidates in his room and gave us a lecture on success. No questions were asked and it seems he did not care as long as he could recruit people to sell for him. From the talk, I could summarised that the programme was unclear, the basic was low and the commission was absurd. I gave it a pass.

The next interview was at a sport shop in Campbell Shopping Complex, for the shop manager position handling accounts and marketing. This was a challenge for me, I had stopped my activities in competitive sports for a very long time and I do not have experience in handling a sport shop operations. From the interview, I learned that the business venture had just started. It seems that the bumiputra owners of the shop were desperate to get someone on the job and my lack of experience was not an obstacle to them as they were impressed with the results of my diploma. However, I had to tell them that I am still hunting for a suitable job and would not be able to stay and grow with them in building their business as I was not their partner and do not own any share in the venture. I had my plans and though the job was a good opportunity for me to break into the employment market, I need to be sensible on my future development as it was only a small operation, I would not be able to learn from someone and it would be a hard knocked school, if it was my business venture, I would not have minded taking it up.

The third interview was with a big and famous Multinational Company. However the job offer was only for a position of Personnel Clerk. I had a very long and deep thought on whether to attend as the first 2 interviews were for executive and managerial position with small companies, now I have an opportunity to join a big company but the job was not what diploma holders would have scrambled for. Nonetheless, I gave it a try.

During the interview, I explored career development and enhancement opportunities with the company. The information I gathered from the interview was very beneficial and I believe I could grow with the company eventhough I would start from the bottom. I was offered the job during the interview itself which I then accepted.


Selain dari memohon kerja secara sendiri, saya telah juga mendaftar di Jabatan Tenaga Rakyat JTR (sekarang boleh dibuat dengan mudah melalui on line di http://jcs.mohr.gov.my/jcs/jcs_jobseeker_register/pre_register.faces). Di sinilah pencari kerja memberikan resume dan prospek majikan memberitahu peluang kerja kosong manakala JTG menyelia kedua-dua pihak. Tindakbalas yang menakjubkan saya terima di mana saya telah dipanggil untuk hadir 3 temuduga.

Temuduga pertama ialah dengan sebuah syarikat jualan langsung yang kecil. Operasi perniagaan utama syarikat ini ialah menjual buku-buku terus ke pengguna. Berbeza dari kebiasaan, calon-calon yang hadir tidak ditemuduga tetapi dikumpulkan di dalam bilik Pengarah Urusan untuk mendengar syarahan mengenai kejayaan. Tiada soalan ditanya dan rasanya dia tidak kisah mengenainya asalkan dia dapat mengambil perkerja untuk menjual buku. Dari syarahan itu, saya boleh simpulkan bahawa progam perniagaan itu tidak jelas, gaji pokok adalah rendah dan komisyennya tidak berbaloi. Saya tidak menerima tawaran kerja ini.

Temuduga yang seterusnya ialah di sebuah kedai alat sukan di Kompleks Campbell, bagi jawatan pengurus kedai mengendalikan akaun dan pemasaran. Ini adalah satu cabaran bagi saya, saya telah lama meninggalkan bidang sukan kompetitif dan saya tiada pengalaman menguruskan operasi kedai alat sukan. Saya diberitahu melalui temuduga tersebut bahawa syarikat itu baru saja bermula. Nampak gayanya, tuan-tuan punya syarikat bumiputra itu sangat memerlukan seseorang dan mereka tidak kisah walaupun saya tiada pengalaman kerana mereka berpuas hati dengan keputusan diploma saya. Akan tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya masih lagi mencari kerja yang sesuai dan tidak akan dapat tinggal lama dan membangun bersama syarikat itu kerana saya tiada saham di syarikat tersebut. Saya ada perancangan saya sendiri dan walaupun peluang itu adalah peluang terbaik saya untuk masuk ke dalam pasaran perkerjaan, akan tetapi saya perlu memikirkan akan perkembangan kerjaya saya kerana operasi syarikat itu adalah kecil, amat sukar untuk saya berlajar dari seseorang kerana tiada panduan dan saya akan berlajar sendiri, sesuatu yang saya akan lakukan sekiranya syarikat itu adalah kepunyaan saya.

Temuduga yang ketiga adalah dengan sebuah syarikat multinasional yang besar dan terkenal. Akan tetapi tawaran jawatannya adalah untuk Kerani Sumber Manusia. Saya berfikir panjang dan mendalam samada untuk hadir kerana dua temuduga terdahulu adalah bagi jawatan eksekutif dan pengurusan di syarikat kecil, manakala ini pula adalah peluang untuk menyertai syarikat besar walaupun perkerjaan itu bukanlah sesuatu yang akan direbuti oleh pemegang diploma seperti saya. Namun saya telah tekad untuk hadir.

Semasa temuduga, saya telah mengenalpasti perkembangan kerjaya dan peluang-peluang peningkatan di dalam syarikat tersebut. Maklumat yang saya perolehi amatlah berguna dan saya percaya bahawa saya boleh berkembang dengan syarikat walaupun saya bermula dari bawah. Saya telah ditawarkan perkerjaan semasa temuduga yang mana saya terima.


No comments: