Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Wednesday 5 February 2014

BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG : 15 FEB 2014

OBJEKTIF PROGRAM 

Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat :
  1. Meningkatkan pemahaman kepada asas dan prinsip komunikasi cemerlang 
  2. Mengetahui proses komunikasi cemerlang 
  3. Mengawal unsur-unsur komunikasi agar lebih cemerlang
Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan BENGKEL KEMAHIRAN KOMUNIKASI CEMERLANG pada 15 Februari 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.
PENGENALAN

Kita berkomunisi atau berhubung setiap masa. Komunikasi berlaku di mana-mana sewaktu kita berinteraksi sesama sendiri samada di rumah, di masjid, di surau, di pasar, di padang permainan, di sekolah atau di pejabat. Komunikasi nampaknya mudah dilakukan akan tetapi komunikasi mempunyai beberapa fasa proses yang rumit kerana komunikasi memerlukan suatu kejelasan dan ketepatan supaya maklumat-maklumat dan arahan-arahan yang diberikan dapat difahami dengan baik serta langkah-langkah dan tindakan-tindakan dari komunikasi yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Kita kurang menyedari bahawa komunikasi juga berlaku ketika kita tidak bercakap samada dari segi gerak bahasa tubuh. Ini ialah kerana komunikasi berlaku melalui lisan dan bukan lisan. Seseorang yang bersetuju tetapi mengeleng-gelengkan kepalanya mungkin dianggap memberi maksud dia tidak bersetuju atau memberikan tanda yang bercampur-campur, setuju di dalam bantahan.

Proses komunikasi berlaku dari pemberi maklumat, media maklumat dan penerima maklumat. Di samping itu komunikasi yang berkesan bergantung kepada persekitaran yang kondusif untuk pemahaman yang baik. Sekiranya terdapat gangguan dari persekitaran samada dari segi gangguan bunyi atau pemandangan, maka komunikasi tidak boleh berlaku dengan baik dan sempurna.

Selain dari itu kepelbagaian budaya juga boleh mempengaruhi kejayaan komunikasi. Contohnya masyarakat India akan mengeleng-gelengkan kepalanya ketika mereka berbual tanda bersetuju. Sekiranya ini berlaku kepada seorang rakan komunikasi berbangsa Inggeris yang mempunyai budaya mengangguk sebagai tanda setuju, mungkin rakan bangsa Inggeris itu akan menyangkakan bahawa rakannya tidak setuju dengan apa yang dibualkan. Oleh itu memahami budaya sesuatu masyarakat juga penting untuk berkomunikasi secara cemerlang.

Terdapat juga risiko jika komunikasi tidak dibuat dengan berkesan. Arahan kerja akan terkeliru dan mungkin mengakibatkan kepada kerugian kos, masa dan tenaga. Kerugian ini belum lagi dicampurkan dengan kos keperluan untuk membuat pembaikan kerana arahan kerja yang tidak jelas kerana kerja pembaikan akan melibatkan kos, masa dan tenaga tambahan yang sepatutnya boleh dilaburkan kepada usaha yang lain agar perkembangan kerja dan usaha akan lebih maju dan progresif.

Terdapat juga risiko yang lebih besar. Mungkin juga komunikasi yang salah akan membawa kepada persengketaan yang merupakan natijah negatif kepada masyarakat. Ini ialah kerana ahli masyarakat akan mula tidak puas hati dan perpaduan masyarakat mungkin akan terjejas. Sekiranya ini terjadi kepada masyarakat yang merupakan unit asas rakyat kepada negeri dan negara, maka akibat yang lebih buruk mungkin akan berlaku dan ianya boleh membantutkan usaha kerajaan memajukan negeri dan negara.

Oleh itu amat perlu kita memahami cara untuk mengawal proses komunikasi bagi memberikan kesan yang maksimum di dalam kejayaan komunikasi terutamanya di tempat kerja. Melalui pemahaman yang cemerlang mengenai asas dan proses komunikasi, kita akan boleh berkomunikasi dengan cemerlang dan membantu memacu kejayaan kepada jabatan atau syarikat tempat kita berkerja dengan komunikasi yang jelas dan padat dan kerja yang betul dan tepat tanpa perlu usaha pembaikan yang melibatkan kos tambahan.

Begitu juga kebaikan dapat dirasakan oleh masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dari jabatan atau syarikat yang bertemu dengan kita. Selain dari itu, kerajaan pula akan memperolehi munafaat dengan pemahaman rakyat kepada komunikasi cemerlang kerana keluarga akan lebih bahagia, perkerja akan lebih produktif dan masyarakat akan lebih bersatu dan berjaya.

No comments: