Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Saturday 8 February 2014

KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG

Pelanggan adalah orang yang memerlukan barangan dan perkhidmatan dari penjual atau pembekal. Namun sebelum pelanggan mendapatkan barangan dan perkhidmatan, mereka akan berinteraksi dengan kakitangan syarikat di mana barangan dan perkhidmatan itu dijual atau kakitangan jabatan di mana perkhidmatan itu diberikan.

Di dalam zaman yang serba moden, keperluan pelanggan menjadi semakin berpelbagai dan kompleks. Mereka bukan saja memerlukan hanya barangan dan perkhidmatan dari syarikat atau jabatan, mereka juga mengharapkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang yang akan diberikan oleh pekerja dan pentadbir syarikat dan jabatan itu. Perkhidmatan pelanggan ini dipakejkan sekali dengan nilai barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan. Lebih cemerlang perkhidmatan pelanggan, lebih tinggilah nilai tambah barangan dan perkhidmatan yang mereka terima.

Semestinya pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari para pekerja yang berkerja samada di jabatan atau di syarikat kerana merekalah yang membayar harga barangan dan juga membayar cukai yang dikutip untuk membiayai operasi jabatan. Oleh itu adalah penting untuk para perkerja atau pentadbir memahami bagaimana cara untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang supaya nilai tambah dapat diberikan kepada pelanggan. Melalui pengetahuan ini, syarikat akan lebih maju di dalam urusniaga mereka dan jabatan akan lebih progresif di dalam urusan pentadbiran mereka manakala para pekerja pula akan mendapat pengalaman yang ternilai dan penghormatan serta sanjungan dari para pelanggan serta majikan.

Pekerja dan pentadbir perlu mengetahui asas dan prinsip perkhidmatan pelanggan cemerlang, mengetahui siapakah pelanggan mereka dan segmen pelanggan mereka, bagaiman cara untuk memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, bagaimana cara untuk menguruskan rungutan pelanggan dan bagaimana menangani kehendak pelanggan yang mendesak.

Terdapat risiko sekiranya perkhidmatan pelanggan tidak memuaskan hati pelanggan. Syarikat akan kehilangan pelanggan dan jualan mula merosot. Di jabatan pula, lebih banyak rungutan terpaksa dilayan dari pelanggan kerana pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan. Pekerja dan pengurusan jabatan akan terpaksa memberikan masa dan tenaga untuk menyelesaikan rungutan pelanggan walhal masa dan tenaga itu boleh digunakan untuk urusan jabatan yang lain. Di samping itu kewibawaan jabatan akan menurun kerana perkhidmatan yang buruk.

Melalui pengetahuan perkhidmatan pelanggan cemerlang, urusniaga di syarikat akan lebih menguntungkan kerana pelanggan akan datang untuk membuat pembelian turutan. Di jabatan pula, perkhidmatan pelanggan cemerlang dapat mengharmonikan urusan pelanggan dan para pekerja akan lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana kurangnya tekanan kerja kerana terpaksa menyelesaikan rungutan pelanggan. Di samping itu, aktiviti jabatan akan lebih lancar dan licin kerana kurangnya rungutan dari pelanggan. Masa dan tenaga boleh dijimatkan untuk penambah baikan pengurusan jabatan.

Setelah pekerja mempraktikkan perkhidmatan cemerlang, syarikat akan mendapat keuntungan hasil dari jualan yang bertambah dan ianya akan dapat memberikan penambahan ekonomi kepada negeri dan negara. Masa depan pekerjaan pekerja akan lebih terjamin di samping insentif yang akan diberikan oleh syarikat. Di jabatan pula, segala urusniaga akan berjalan lancar dan pekerja serta pengurusan akan mendapat lebih masa terluang untuk melakukan kerja dengan harmoni tanpa rungutan. Di samping itu nama baik jabatan, pengurusan dan pekerja akan lebih dipandang tinggi dan memberikan impak positif kepada kerajaan. Masyarakat pula akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

Amzzah Naseehah Resources akan mengendalikan bengkel KEMAHIRAN PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG pada bulan Mac 2014 di Gombak Selangor secara percuma kepada 50 orang peserta berumur antara 21-59 tahun. Ianya terbuka kepada penduduk di sekitar Gombak. Bagi yang berminat untuk menghadiri bengkel ini, sila email kepada amzzah_naseehah@ymail.com menyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sebarang pertanyaan bolehlah menelefon 012-5103364.





No comments: