After scoring 17 Aggregate in SPM in 1991, I was offered a scholarship to study at Louisiana State University, Baton Rouge, USA. I did well in my Freshman (1st) year attaining GPA of close to 3.00. However when I was in Sophomore (2nd) year, I had to opt for Mechanical Engineering as my major since it was prescribed in my scholarship. I had a fancy for Mathematics actually and tried to reason out with my sponsor, to no avail. I tried to do my best in Mechanical Engineering but as my heart was not in it, my GPA started to decline. Only after my GPA had turned from bad to worse in the 3rd year, my sponsor finally allowed me to change my major to Mathematics. Sadly I could not salvage my study and I had to return to Malaysia without a degree.
Setelah mendapat 17 Aggreget dalam SPM, saya telah ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Louisiana State University, Baton Rouge, USA. Keputusan pelajaran saya adalah memberangsangkan di tahun 1 dengan GPA 3.00. Akan tetapi semasa saya di tahun 2, saya terpaksa memilih Kejuruteraan Mekanikal sebagai pengkhususan saya kerana ia telah disyaratkan oleh penaja saya. Saya meminati Matematik sebenarnya, akan tetapi saya tidak dibenarkan menukar pengkhususan saya walaupun saya cuba memohon pertukaran dari penaja saya. Saya berusaha juga sedaya upaya saya, namun oleh kerana kurang berminat, kemajuan pelajaran saya telah terjejas. Setelah GPA saya menjadi buruk di tahun 3, barulah penaja saya membenarkan saya menukar pengkhususan saya kepada Matematik. Namun semuanya telah terlambat dan saya terpaksa pulang tanpa sebarang ijazah.
No comments:
Post a Comment