Welcome in English or Ahlan Wasahlan in Arabic or Selamat Datang in Malay.

I have been a Human Resource professional for more than 20 years working in a wide spectrum of areas within Human Resource. I have progressed up the corporate ladder from the very bottom with rapid and multiple promotions, praise to God. My main interests are motivation and child development

If you have any specific queries you would like to post to me, please email to amzzah_naseehah@ymail.com.

Kind regards
hjmalek

Pages

Saturday 30 June 2007

College Life

Peace be upon you who receive the guidance


My final semester at Institut Teknologi MARA (UiTM) was filled with uncertainty. Malaysia was facing economic recession at that time (late 1980's) and jobs were scarce. I was following the vacancy advertisements in the newspaper and the primary requirement is something that I cannot offer i.e. job experience. Some of my coursemates had already planned to further their study but due to my financial constraint, this is not an option for me.

Unlike my studies in the States, my study at UiTM is self financing. My second brother gave me RM50 per month as I stay in the hostel and my meals are already taken care off. I used the money for my motorcycle fuel, photocopying, stationeries and once in a while outside meals at the stalls. Throughout the 3 years at UiTM, I was very frugal in my spending. As my mother was only relying on a meagre RM200 (around USD50) per month pension, hence I do not demand much from her. I had to do with the same wardrobe for 3 years at UiTM. My late third brother would support me for motorcycle maintenance whenever it broke down. There is not much to complain as I am already used to hard life.

~~~~~0~~~~~

Kesejahteraan di atas anda yang menerima hidayah

Semester akhir saya di Institut Teknologi MARA (UiTM) dipenuhi dengan ketidak tentuan. Malaysia semasa itu (lewat 1980an) sedang melalui kemelesetan ekonomi dan pasaran perkerjaan juga terbantut. Saya telah mengikuti ruangan iklan jawatan kosong di akhbar dan mendapati keperluan utama setiap jawatan kosong ialah sesuatu yang tiada pada saya i.e. pengalaman perkerjaan. Sebahagian dari rakan kursus saya telah merancang untuk melanjutkan pengajian mereka. Akan tetapi oleh kerana kekurangan kewangan, ini bukanlah pilihan buat saya.


Berlainan dari pengajian saya di Amerika, pengajian saya di UiTM dibiayai dengan menggunakan kewangan sendiri. Abang kedua saya memberikan RM50 sebulan kepada saya dan ini mencukupi oleh kerana saya tinggal di asrama dan makanan adalah disediakan. Saya menggunakan wang itu untuk minyak motorsikal, fotokopi nota, alatulis dan sekali-sekala makan di warung. Selama 3 tahun di UiTM, saya berjimat cermat di dalam perbelanjaan saya. Oleh kerana emak saya hanya mendapat RM200 pencen sebulan, saya tidak selalu meminta apa-apa darinya. Saya memakai pakaian yang sama selama 3 tahun di UiTM. Arwah abang saya yang ketiga akan membiayai kos penyelenggaraan motorsikal saya. Tiada apa yang hendak saya rungutkan kerana kesusahan telah menjadi kebiasaan kepada diri saya.

Friday 22 June 2007

Institut Teknologi MARA (ITM or UiTM)

Peace be upon you who receive the guidance,

I returned to Malaysia in July 1985. Contratry to what I fear, my family was very supportive of me eventhough I did not produce them a degree from the USA. My late mother told me "it doesn't matter to me as long as you're safe and sound in front of me."

Upon returning home, I spent a lot of my time pondering on my strategy to rebound from my predicament. Yes of course, I failed to bring back a degree but I've learned a very valuable lesson which would not be repeated again. This is of course priceless.

Finally I settled on a strategy of all out study. I enrolled myself for a short course on Speed Reading and Effective Learning and spend my time on reading. As I'm free throughout the day, I do this at ease. My nights would be spent on watching tv as a form of winding down.

In January 1986, I enrolled myself into ITM Shah Alam to study Business Studies. All praise to God, I managed to attain Dean's List award (Semester GPA of above 3.5) for three semesters out of six and graduated with CGPA above 3.0.

~~~~0~~~~~

Kesejahteraan ke atas anda yang menerima hidayah

Saya pulang ke Malaysia pada Julai 1985. Berlainan dari yang saya jangkakan, keluarga saya menyambut kepulangan saya dengan dokongan walaupun saya tidak pulang dengan segulung ijazah dari USA. Arwah ibu saya memberitahu saya "tidak mengapa, asalkan anak emak selamat dan berada di depan mata emak"

Di kala saya berada di rumah, saya menghabiskan masa saya dengan memikirkan strategi untuk memperbaiki diri untuk keluar dari keadaan yang tidak menentu itu. Sememangnya saya gagal untuk membawa pulang segulung ijazah, akan tetapi saya telah dapat pengajaran hidup yang tidak akan berulang lagi. Ini merupakan sesuatu yang amat berharga.

Akhirnya saya menetapkan strategi saya untuk meneruskan pembelajaran saya. Saya mengikuti kursus jangka pendek Cepat Membaca dan Pembelajaran Berkesan dan menafaatkan masa untuk membaca. Oleh kerana saya mempunyai kelapangan, saya dengan mudahnya melaksanakan perkara ini. Akan tetapi pada malamnya, saya akan meluangkan masa saya dengan menonton tv sebagai salah satu aktiviti santai saya. Pada bulan Januari 1986, saya menyambung pelajaran saya di ITM Shah Alam dalam jurusan Kajian Perniagaan. Segala puji kepada Allah, saya berjaya mendapat sijil Dekan (Semester GPA di atas 3.5) untuk tiga dari enam semester dan menamatkan pengajian dengan CGPA di atas 3.0.

Monday 18 June 2007

Louisiana State University, Baton Rouge, USA

After scoring 17 Aggregate in SPM in 1991, I was offered a scholarship to study at Louisiana State University, Baton Rouge, USA. I did well in my Freshman (1st) year attaining GPA of close to 3.00. However when I was in Sophomore (2nd) year, I had to opt for Mechanical Engineering as my major since it was prescribed in my scholarship. I had a fancy for Mathematics actually and tried to reason out with my sponsor, to no avail. I tried to do my best in Mechanical Engineering but as my heart was not in it, my GPA started to decline. Only after my GPA had turned from bad to worse in the 3rd year, my sponsor finally allowed me to change my major to Mathematics. Sadly I could not salvage my study and I had to return to Malaysia without a degree.




Setelah mendapat 17 Aggreget dalam SPM, saya telah ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Louisiana State University, Baton Rouge, USA. Keputusan pelajaran saya adalah memberangsangkan di tahun 1 dengan GPA 3.00. Akan tetapi semasa saya di tahun 2, saya terpaksa memilih Kejuruteraan Mekanikal sebagai pengkhususan saya kerana ia telah disyaratkan oleh penaja saya. Saya meminati Matematik sebenarnya, akan tetapi saya tidak dibenarkan menukar pengkhususan saya walaupun saya cuba memohon pertukaran dari penaja saya. Saya berusaha juga sedaya upaya saya, namun oleh kerana kurang berminat, kemajuan pelajaran saya telah terjejas. Setelah GPA saya menjadi buruk di tahun 3, barulah penaja saya membenarkan saya menukar pengkhususan saya kepada Matematik. Namun semuanya telah terlambat dan saya terpaksa pulang tanpa sebarang ijazah.


Friday 15 June 2007

My secondary school

Peace be upon you who receive the guidance.



I sat for my Ujian Penilaian (now UPSR) in 1975. My result was 2A 3B, at the top quartile of my school, alhamdulillah. However, I purposely failed my interview to enroll into MRSM, a boarding secondary school, so as I can be at home with my family. This was a concsious decision which I did not regret.
I then enrolled myself into Setapak High School (Sekolah Menengah Tinggi, Setapak) in 1977. I studied there from Form 1 until Lower 6. I sat for my SRP (Grade A) and SPM (Grade 1- 17 Aggregate) at that school. Apart from studying, I was active in intra-school competitive sports, representing my class and house. I was also involved in clubs and societies, I was the Vice President of the Kesatuan Pelajar Islam, Committee member of Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Malaysia and a Sports Prefect. I was the class monitor from Form 1 until Form 5, a testament of my popularity and leadership among my classmates. These are due to my willingness to put in extra work and rapport with the teachers


~~~~0~~~~

Selamat Sejahtera kepada anda yang menerima hidayah.

Saya telah mengambil Ujian Penilaian (sekarang dipanggil UPSR) pada tahun 1975. Keputusan saya 2A 3B, berada di suku pertama dalam sekolah saya, alhamdulillah. Akan tetapi, saya sengaja menggagalkan temuduga saya untuk masuk ke MRSM, sekolah menengah berasrama penuh, agar saya dapat bersama keluarga. Keputusan ini saya buat sendiri dan saya tidak pernah menyesal.


Saya kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak (Setapak High School) bermula pada 1977. Saya menuntut di sana dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Rendah. Di sekolah ini, saya menduduki peperiksaan SRP (Gred A) dan SPM (Gred 1 - Aggreget 17). Selain dari berlajar, saya telah bergiat aktif di dalam sukan kompetitif intra sekolah, mewakili kelas dan rumah sukan saya.


Saya juga aktif di dalam persatuan dan kelab, saya merupakan Naib Presiden Kesatuan Pelajar Islam, AJK Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Malaysia dan Pengawas Sukan. Saya menjawat jawatan ketua kelas dari Tingkatan 1 hingga 5, satu penyata akan kepopularan dan kepimpinan saya di antara rakan sekelas saya. Ini semua ialah kerana kesanggupan saya untuk membuat kerja tambahan dan hubungan baik dengan guru-guru.

Saturday 2 June 2007

My primary school

Peace be upon you who receive the guidance.

My primary school started when I was 7 years old. My school was Sekolah Rendah Inggeris Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. I was in the same school with my late brother. He was 4 years older than me.

My father was ill with brain tumor for a few months while I was in standard 1. As my mother was caring for my father at the hospital, my brother and I were put up in one of my cousins house in Gombak. Both my brother and I were in the afternoon session and we would start off early mid morning from Gombak to Petaling Jaya. We had to take 2 buses and it was not easy compared to now. Now we have all the fantastic infrastructure in KL to move around with ease. Though we started early to school, we would ended up coming back late as we had to go through the same regime coming back from school. My father passed away middle of 1971. My family then had to move to Gombak staying with my uncle's house. After a while, we then moved in with my sister house also in Gombak until our house was built, also in Gombak.

Both my brother and I then enrolled at Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Gombak 1. I studied there from standard 2 until strandard 6.

~~~~~0~~~~~

Selamat sejahtera kepada anda yang menerima petunjuk.

Persekolah rendah saya bermula semasa saya berumur 7 tahun. Sekolah saya ialah Sekolah Rendah Inggeris Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. Saya bersekolah bersama arwah abang saya. Dia lebih tua empat tahun dari saya. Abah saya kemudiannya jatuh sakit selama beberapa bulan menghidap barah otak semasa saya di darjah 1. Oleh kerana emak saya menjaga abah saya di hospital, arwah abang saya dan saya tinggal sementara di rumah sepupu saya di Gombak. Kami berdua bersekolah petang dan akan keluar awal dari Gombak untuk ke sekolah di Petaling Jaya. Kami terpaksa mengambil 2 buah bas dan ianya tidaklah mudah seperti apa yang ada pada masa ini. Sekarang, kita menikmati infrastruktur canggih di KL untuk ke mana-mana dengan mudah. Walaupun kami bermula awal ke sekolah, kami akan pulang lewat kerana kami terpaksa melalui kaedah yang sama untuk pulang. Abah saya kemudiannya meninggal dunia pertengahan 1971. Keluarga saya kemudiannya berpindah sementara ke rumah arwah Pak Long saya di Gombak. Kemudiannya kami tinggal bersama kakak saya, juga di Gombak sebelum rumah kami siap, juga di Gombak. Arwah abang saya dan saya kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Gombak 1. Saya berlajar di sana dari darjah 2 hingga darjah 6.

Standard 3 1973 /Darjah 3 1973 SRK Gombak 1